Belajar dari sejarah kita juga

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 05/11/2009 by hazaana

Teringat satu pesanan dari seorang asatizah di malaysia. Bila ditanyakan soalan, kalau ada satu pesanan yang paling utama berharga untuk semua, what would it be..? jawapnya:

‘Berjaga-jaga dengan dunia. Sebab satu tamadun boleh jatuh dengan mudah bila dunia masuk ke dalam hati’.

Pendek jer pesanan tu. Dan tak diterangkan pun. Mungkin aku sendiri faham-faham.

Tapi selalunya perkara begini yang mudah untuk manusia terlupa. Malah kita sebagai penggerak dakwah juga. Terlupa kerana dunia sangat licik. Syaitan juga sangat licik. Because by the time kita realize dunia bermain dalam hati, the damages has been done.

Tengok semula kepada sejarah dunia samada tamadun islam atau bukan. Tamadun Yunani mengambil masa yang lama untuk dibina, akhirnya musnah dalam masa hanya beberapa tahun. Runtuh akhirnya kerana masalah kerosakan akhlak dalam masyarakat, yang semuanya bermula daripada apabila leka dengan apa yang dunia boleh offer kepada manusia; harta, kesenangan, kurangnya kesungguhan dalam kerja kerana kemudahan dah ada, wanita, keluarga, pangkat dan anak-anak.

Tamadun kita juga begitu. Naiknyer satu tamadun kerana sahabat faham akan keagungan agama ni, maka para sahabat faham agama inilah yang akan menyelamatkan manusia daripada kerosakan yang berlaku. Hati manusia yang rosak hanya boleh dirawat dengan mengembalikan hati itu kepada bertuhan yang satu.

Jadi untuk kita yang mendirikan dan menggerakkan satu usaha untuk menyelamatkan manusia ini, jaga-jaga kerana dunia dengan mudah boleh masuk ke dalam hati. sangat licik. Sungguh licik.

Mari kita assess keadaan kita..paling mudah, dalam kita bangun seharian, apakah perkara pertama yang akan datang dalam kepala kita; adakah university kita atau kita terfikirkan tentang dakwah kita dan kemudian baru dunia datang.

Assess juga percakapan kita seharian sesama ikhwah sendiri pun. Adakah lebih banyak kita bercakap hal dunia atau kita bercakap perkara2 yang membawa kepada pembinaan diri seorang ikhwah dan membawa kepada kefahaman dakwah.

Tapi mungkin ada antara kita yang beranggapan..kalau bercakap banyak-banyak tentang iphone, handset ni akan membentuk seorang ikhwah yang hebat dalam teknologi kot.

Mungkin. Mungkin tidak. Most probably tidak.  Kerana akhirnya kita lebih banyak terlupa tentang tarbiyah dan dakwah.

Apabila dunia bermain dalam hati, maka tiada la sinar di wajah kita yang bersinar kerana hati yang ingatkan Tuhan dan akal yang banyak berfikir untuk memajukan dakwah.

Dunia akan mati. Maka hati dan akal yang penuh dengannya juga akan mati.

Dakwah ini digerakkan oleh hati dan akal penggeraknya. Akal dan hati yang mati..maka dakwah akhirnya mampu mati juga.

Jahiliyah oh jahiliyah..

Posted in 1 on 01/11/2009 by hazaana

Sekadar post dr Ustaz Mat..

when to think about it.. jahiliyah boleh jadi kecil hingga yang besar.. dari peringkat individu ke peringkat jemaah.. Halus hingga yang ke obvious.. ;

Umar berkata;

‘In nama tanqadi u’ral islam urwatan urwatan, iza nasha’a fil Islam man lam yakrif al jahiliyah’

Ikatan Islam akan terlepas atau terungkai satu ikatan demi ikatan, apabila ada orang yang hidup dalam keislaman, namun ia tidak mengenali jahiliyah.

Kenyataan merupakan diantara prinsip imaniyah, parameter dan juga merupakan dasar dakwah yang asli. Kita mesti mengetahui jahiliyah!

Sayidina Umar al Khatab mentakrif hal ini jahiliyah sesuai dengan sebutan yang dalam al Quran dan hadis. Jahiliyah juga bermaksud kejahatan, syirik kecil atau syirik besar, pemerintahan thaghut dan maksiat-maksiat yang tidak membawa perlakunya jatuh dalam kekufuran.

 

Bukti jahiliyah juga berbagai-bagai bentuk maksiat, samada dosa kecil mahupun dosa besar, sepertimana sabda Rasulullah saw kepada Abu Dzar r.a ketika dia menghina Bilal bin Rabah sebagai anak dari wanita kulit hitam “In naka imra’un fii ka jahiliyah”maksudnya “Sesungguhnya kamu adalah seseorang masih membawa suatu perilaku jahiliyah”.

Imam Bukhari berkata ‘perbuatan maksiat’ adalah kejahiliyah, sekali pun ia tidak menyebabkan pelakunya kafir kecuali perbuatan syirik dengan alasan hadis Nabi saw;“Sesungguhnya kamu adalah seorang yang masih membawa sisa perilaku jahiliyah.”

Ibnu Hajar berkata “Hadis ini bermaksud bahawa semua maksiat berbentuk meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram sebahagian dari akhlak jahiliyah.”

Fitnah tu berbagai-bagai. Ada yang berkaitan aqidah, ada berkenaan dengan muamalat, ada yang berbentuk pergaulan dan ada yang berhubung dengan halal dan haram. Di antara fitnah tu ada yang berat dan ada yang ringan.

Antaranya fitnah yang melanda dalam kehidupan berjama’ah ialah perselisihan yang berteras nafsu, meninggalkan sumpah setia, tidak taat kerana memenangkan pandangan peribadi, dan sifat mengkhianati. Jika keadaan ini berleluasa dalam kehidupan berorganisasi, pasti ikatan dakwah ini akan hancur satu demi satu sehingga makna ukhuwwah lenyap dari kehidupan mereka dan akhirnya matlamat mereka berjanji setia untuk berdakwah kepada Allah dan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini pasti lebur begitu saja.

Tanasuh membawa kita ke jalan yang sepatutnya

Posted in Celoteh, Cintaku pada Ilahi, Dari hati untuk seorang teman on 31/10/2009 by hazaana

Kadang-kadang kita tengok ada seorang sahabat kita dalam rumah sendiri membuat perkara membuang masa. Mungkin kita nampak perkara tu dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa.

Kenapa agaknya?

Adakah kerana kita berbaik sangka yang takpe la..nnt dier sedar la tu. Sampai masa ada la kot orang tegur. Mungkin ayah dier nanti akan tegur. Ataupun..sebenarnya dalam hati kita tanpa kita sedar kita dah merelakan perkara tu berlaku. Atau kita sebenarnya terbiasa dengan membiarkan jahiliyah kecil berlaku sehingga tiada rasa benci kepada kemungkaran.

Wait..jahiliyah kecil jer kan. Bukan membunuh orang or berzina pun… ; kalau begitu yang kita fikirkan, sememangnya dunia dan dosa dah mula bertapak di dalam hati. Jahiliyah yang kecil la sebenarnya akan membawa kepada jahiliyah yang besar. Sedangkan Allah berfirman untuk kita bersama islam sepenuhnya. Dan itu sudah cukup men-invalid-kan dakwaan bahawa jahiliyah kecil is tolerable.

If dalam peristiwa Bilal dikeji pon Nabi dengan tegas menegur para sahabat, apatah lagi jahiliyah-jahiliyah yang kita buat zaman sekarang ni. Kalau dulu tertengok aurat pun sahabat dah rasa bersalah..sekarang ni kita mungkin terbiasa untuk sesama kita sendiri menonton movie-movie ‘islami’ yang dilakonkan oleh mereka yang berlakon ‘islami’..tapinyer..kadang-kadang mereka yang berlakon tu tak menutup aurat pon dalam movie tu.

Rakan-rakan.. jangan bermudah dengan kita banyak memberi rukhsah dan kita compromise dengan mudah dalam perkara-perkara yang kecil. Menonton movie ‘islami’ pon kononnyer.. mendengar lagu yang bersifat duniawi walaupun mungkin ada perkataan ‘Tuhan’, ‘taubat’ dalam liriknya.

Kadang-kadang kita perlu bertegas dalam isu ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mengaku membawa dakwah.

Dalam isu bersama dengan orang yang masih belum faham dengan islam..ada rukhsahnya. Memang dalam untuk memahami mereka, kita perlu mengenali latar belakang mereka. Namun kerana alasan ini la ditakuti penggerak dakwah sendiri tidak nampak di mana batasan. Dan akhirnya apa itu jahiliyah sudah tidak disedari. Malah semakin tiada rasa bersalah kalau kita sesama kita pun dah terbuat. Malah dipromote lagi…

kadang-kadang kita terfikir mengapa dakwah yang kita buat ni bagaikan tiada hasil atau cahaya harapannya. Adik-adik dan masyarakat seolah tidak terasa sentuhan kita. Seorang pernah berkata:

‘Kenapa student-student sekarang ni tak rasa segan silu berkepit bertepuk tampar depan kita ye?’

Good point di situ: masyarakat luar dah tak nampak kita ni significant dan kehadiran kita seolah tiada aura dalam masyarakat.

Mungkin dan besar kemungkinannya..kerana jahiliyah itu sendiri berlegar di kalangan pendakwah. Maka sinar cahaya tu Allah tarik balik dan akhirnya kita sendiri akan tersingkir dari medan dakwah. Time to bring a new generation mungkin. Allahuakbar. Betapa ruginya kita..

Wallahua’lam, sekadar berkongsi, dan moga kita sendiri mampu mengorak langkah baru. Jahilyah-free insyaALlah.

wsalam…

Buat yang ada di sini, kerana aku mungkin terpaksa pergi

Posted in Dari hati untuk seorang teman, Dunia on 30/10/2009 by hazaana
Assalamualaikum wbrt
ke hadapan barisan pendakwah di atas muka bumi Australia ini.
Ana terpanggil untuk berkongsikan apa yang ada dalam kepala ana pada waktu2 begini. Mungkin kerana masa ana yang makin kurang di melbourne ini, atau mungkin kerana keadaan yang memerlukan untuk ana berterus-terang dengan apa yang berlaku di depan mata.
Ana teringat pada satu teguran yang diberi oleh sorang ikhwah lama.
‘Kita diberi kesedaran dengan islam, tarbiyah dan dakwah ni bukan untuk kita mendapat pengiktirafan.. kalau bukan orang lain mengiktiraf kita, sekurangnya bukan untuk kita rasa kita diri ni dah bagus.
Kita ni dibagi penghormatan ni untuk kita dptkan iktiraf depan Tuhan nnt. Kesedaran ni sebenarnya adalah satu amanah untuk kita laksanakan. Kalau tak, jawab la sendiri depan Tuhan nanti.’
Kita ni selalu panggil diri kita pendakwah. Cuma mungkin better kita start muhasabah diri kita balik; apa yang kita dakwahkan dan kepada siapa kita berdakwah sebenarnya?
Kita ni dah betul berdakwah ke? Nabi berdakwah dengan korbankan masa dan tenaga untuk orang lain dapat kefahaman islam. Kita ni dah cukup berkorban ke masa dan tenaga kita untuk orang lain? Or kita ni lebih banyak masa korbankan tenaga dan masa untuk diri kita?
Kita ni mengaku dalam tarbiyah kan? Kalau camtu, cuba tanyer.. kita ni dah betul ke mentarbiyah diri kita menjadi individu2 spt para sahabat yang kemudiannya berusaha mentarbiyah orang di luar sana smpi diorang juga dpt faham islam?
kadang-kadang ana tertanya… apa sebenarnya yang berlaku, if ada ikhwah yang lebih utamakan untuk dia penuhkan kemahuannya untuk bersenang melayar internet, menonton cerita2 daripada dia berusaha untuk membina diri, agar dia dpt membina orang lain…
Kalau kita nk salahkan seseorang, kita boleh salahkan seorang pendidik yang gagal mendidik mungkin. Tapi sebelum salahkan seseorang, fikirkan dulu; kita ni mengaku penggerak..jadi antum dah act as penggerak dakwah ke or masih lagi menantikan durian runtuh dr langit..? Kita sekarang berada pada posisi sehingga boleh tarbiyah orang lain kot patutnya.. Wake up!. Kita dah boleh berlari. Tapi antum bagaikan menunggu satu pengiktirafan untuk bergerak.
Ikhwah,,Tidak perlu untuk diiktiraf untuk kita beramal. Dakwah bukan bergerak kerana telunjuk seorang individu, tp adalah kerana dakwah ni dakwah milik Tuhan.
Penggerak dakwah memastikan dirinya menjadi qudwah..perkataannya adalah berkenaan tarbiyah dan dakwah. So mereka2 yang yakin dier akan jadi penggerak tahun depan, maka dalam kepalanya sepatutnya adalah persoalan2 untuk dia memajukan dakwah. Dia patut bertanya; apa status mad’u sekarang? apa yang ana boleh buat untuk tingkatkan mad’u? Apa ikhwah sedang buat sekarang ni? cmaner pencapaian ikhwah?
bagi mereka yang tidak memikirkan peningkatan tarbiyah orang lain, most likely dier tak terpikir pon tentang tarbiyah dirinya.. Atau mungkin, kita terlampau fikir tentang diri sendiri smpi lupa yang kita perlu fikirkan tentang dakwah..
perkataan kita sesama ikhwah adakah selalunyer berkenaan dengan dakwah? Or kita banyak berbual tentang duit, handset, iphone, ipod, harta, cerita2 yang kita rasa mungkin ada unsur tarbiyah kononnyer.. (any movie boleh jadi tidak membawa kepada amal, kalau kita tak niatkan dalam hati untuk perkara tu mentarbiyah kita dan kemudian kita mampu mentarbiyah orang lain).
ikhwah, zaman sekarang ni tak sama dengan dulu. Kalau dulu dakwah mungkin mati kerana serangan luar (Itu pon dakwah masih lagi mampu berjalan). Sekarang ni, dakwah boleh mati di tangan para daie sendiri. Dakwah tetap akan berjalan juga, tp  maybe that time, if ikhwah tak fikir dengan serius isu tarbiyah sekarang ni..maka kita boleh jadi futur waktu tu, n dakwah ni akan diberikan pada orang lain yang betul2 nak beramal..
dakwah juga boleh terencat kerana jahiliyah yang kita buat setiap hari. Jahiliyah yang kecil, kalau kita compromise, akan bawa kepada jahiliyah yang lebih besar..
Jadi check these steps untuk kebaikan semuanya:
- mubahasah diri sendiri dan juga ikhwah sekeliling
- kenalpasti kelemahan dan kekuatan
- merancang kepada yang lebih baik dengan penyelesaian..
- bertindak…
- muhasabah lagi dan keep on bawa pembaikan. Serahkan pada DIA
Moga DIA memberkati kita semua…
Wsalam

Mungkin aku buta

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 15/10/2009 by hazaana

Selalu ana tengok seorang rakan tak bergerak. Dulunye nampak laju jer dia ni bergerak sana-sini, buat kerja amal, nampak gah dalam melangkah kaki. Potensi sungguh. Alhamdulillah, harapan kepada dakwah dunia ini moganya.

Tapi kebelakangan ni nampak layu, nampak sangat ada tanda-tanda lesu dan letih pada matanya. Tidur dah tak menentu. Sudah..virus futurkah sudah menjangkit?. Amalnya tidak selaju dulu. Banyak pula dolak dalihnya.

Keliru aku fikirkan isu ini, tak tenang dalam hati.

Tapi diperhatikan, kelas mingguannya masih dia pergi walaupun ada kelas harian yang ditinggalkan. Solat masih terjaga. Quran masih terjaga. Hafazan masih lagi mantap. Superb still.

Lama aku fikirkan, lama juga terbawa-bawa isu ni. Rasa resah dan rasa sedih juga ada. Cukup banyak sudah perkara lesu yang telah berlaku dan aku tak mahu yang ini menjadi begitu juga.

Akhirnya tersingkap kisah di sebaliknya.

Rupanya kerana aku tidak menjalankan haknya. Kerana aku telah mengabaikan dia sebagai seorang sahabat. Dia rasakan dia dilayan sebagai robot. Sebenarnya setiap kerja dia lakukan dengan baik juga. Cumanya, mungkin tak dihargai sahaja.

Mungkin juga terasa hati apabila yang lain menghilang meninggalkannya di rumah seorang.

Dan di sebalik kisah itua ada kisah yang tersembunyi. Rupanya tindakan aku menambahkan garam pada luka. Luka yang tidak tahu. Ingatkan aku menambah rasa, tapi cuma menambah pedih. Kepedihan dalam hati dia yang tanpa aku sedar turut aku perdalamkan.

Sahabat, rakan dan teman..maafkan kerana tidak menyedari kesulitan yang kau pendamkan. Maafkan kerana tidak menyahut sahutan bantuan dari mata yang kelesuan tu.

Mungkin, aku masih tidak belajar erti ukhwah yang sebenar. Mungkin.

Tawakkal (post exam dah ke?)

Posted in Celoteh on 27/06/2009 by hazaana

“Yeah!! Paper habis dah.”

“Seronoknye paper dah habis…”

“Ok dah simpan dah sumer nota2 ni. Tahun depan boleh bagi kat junior lak”

“hello mak…orang dah grad dah ni..alhamdulillah..”

“huhu…aku kantoi a paper nih…”

“wargh…paper killer betul nih!!”

“aku tengok soalan tu…berpinar-pinar mata aku”

“Ukhti…ana salah jawab soalan yang nti dah tunjukkan semalam…huhu..”

“alhamdulillah..soalan sumer yang kuar tu kita dah bincangkan seminggu lepas..”

“Umi..saya kena extend nampaknya..”

“akhi..soalan-soalan nta bombard ana semalam sgt2 berguna..almost sumer keluar..”

….

Begitulah, di saat pengakhiran waktu peperiksaan. Mungkin ni cuma sebahagian je daripada apa yang mungkin terkeluar daripada kawan-kawan dan adik-adik yang keluar daripada dewan exam. Kalau di REB (tempat kami exam kalau orang Adelaide tak tahu :P ), macam-macam lagi la yang keluar. Daripada secantik bahasa, sampai ke seburuk-buruk bunyi. Namun begitulah, fasa setelah berakhirnya satu daripada usaha exam kita. Dan bagi orang melayu.. ramai akan kata;

“tawakkal jer, dah lepas dah”

Mungkin kita sendiri juga perlu mereview kembali tentang pemahaman kita tentang tawakal. Mungkin di sini saya tidak akan elaborate panjang sebab saya takde exam (sori bagi mereka yang ada exam..tp tahniah sebab anda berjaya melepasi satu lagi fasa ujian dunia, yang Allah datangkan untuk uji kamu).

Sifat tawakal itu sendiri adalah satu daripada kriteria orang yang beriman. Malah Umar sendiri pernah dengan berani mengatakan bahawa seorang sahabat itu bernilai seribu orang kerana adanya nilai iman dan tawakal dalam diri seorang sahabat tersebut. Jadi kita tak dapat lari daripada nak kaitkan iman dan tawakal. Dan mereka adalah berkadar langsung. Semakin tinggi iman, semakin tinggi tawakal. Juga, semakin kita tinggikan tawakal, iman kita akan increase. Conclusion: Naikkan dua-dua..maka itu akan menaikkan nilai kita di mata Tuhan.

Eh cam dah habis plak artikel ni. Rasanya cam baru nk start.

Maybe kita tengok balik apakah definisi tawakal secara generalnya: pergantungan kepada Allah. Secara lebih dalam, pergantungan kepada ALlah itu dalam setiap perkara dan setiap masa. Juga…pergantungan selagi iman itu ada dalam dada.

Namun bukan semudahnya untuk kita katakan; “tawakal je la..dah usaha dah.”

Usaha memang satu daripada kriteria untuk membuktikan tawakal (baca: pergantungan kita kepada Allah) kita. Tanpa usaha, takleh terus tawakal. Itu pemalas namanya, dan berharap membabi buta. Allah tak ajar Rasulullah untuk mengharap jer pada Dia. Macam tu tak payah la nabi usaha sendiri untuk mengajar para sahabat, tak perlu untuk pergi sampaikan islam pada orang lain or tak perlu pun untuk berperang melawan mereka yang menyerang islam. Tapi Rasulullah berusaha dengan tenaga sendiri sebab pertolongan Allah itu datang kerana yakinnya kita yang semua perkara datang daripada Allah. Dan sebab dan musabab masih lagi berlaku. Kita makan sebab kita usaha nak masukkan makanan dalam mulut, tapi dengan keyakinan bahawa Allah yang datangkan rezeki pada kita, tangan kita masih ada tenaga nak angkat makanan, dan makanan tu diizinkan ALlah untuk masuk ke dalam mulut kita.

Keyword yang kita nak kata kat sini: bergantung dan berharap pada Allah, dengan usaha yang kita lakukan, semoga Allah memberkati usaha itu dan akhirnya mendapat ganjaran daripada Dia.

So berbalik pada exam tadi. So usaha kita dah selesai ke? Belum lagi sebenarnya. Usaha kita termasuk untuk kita teruskan doa kita moga dipermudahkan urusan kita sehinggalah kita dapat tahu apakah rezeki yang kita ada pada masa depan. Kan dah cakap tadi.. usaha dan tawakal adalah satu perkara yang berlaku dalam masa yang sama. No such thing usaha dulu, then tawakal. Salah konsep tu.. dalam berusaha pun kita kena sebenarnya kena berharap Allah berikan kemudahan..

namun akhirnya, yang akan datang pada kita, adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Tak semestinya semua perkara yang kita nak adalah terbaik untuk kita, dan semuanya yang tidak baik yang kita tak nak itu tidak baik untuk kita. In other word..tidak satu perkara yang ALlah datangkan tidak ada kebaikan untuk kita..

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

Akhirul kalam..moga yang dah habis exam tu, dipermudahkan urusan..  =)

Pejuang harapan

Posted in Fikiranku on 24/06/2009 by hazaana

Kemenangan datang dengan ketakwaan dan kekuatan. Ayuh kita, jadi lebih KUAT daripada semalam!

Akhirnya mereka akan sujud

Posted in Celoteh, Dunia on 21/06/2009 by hazaana

Kadang-kadang jalan-jalan sendiri di sekeliling Brunswick , rasa semak pula. Especially bila lalu ke kawasan yang ada pub yang jarak antara diorang ni cuma 10 meter jer. Is it that much to satisfy the customer’s demand? Apparently memang begitu la permintaan pengunjung pub yang akhirnya memberikan perniagaan kepada mereka yang nak cari rezeki; buka pub supaya pengunjung boleh datang dan bergembira.

Yes, mereka nak bergembira. Tapi mereka bergembira kerana apa? Adakah kerana mereka susah dengan kehidupan harian dan perlukan tempat untuk melepaskan penat lelah. Mungkin juga. Setelah sejam, atau dua jam or mungkin sampai pagi, mereka di pub dan minum, menari dan akhirnya pulang ke rumah dalam keadaan tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Yes, mungkin mereka gembira di kala itu, tapi bila mereka sedar daripada tidur mereka, pasti akan hilang’ kegembiraan’ yang mereka kecapi semalam. And the blues came back. Dan akhirnya kegembiraan tu ditunggu-tunggu pula untuk minggu depan. Kenapa tidak setiap hari? sebabnya…mereka kena kerja hari-hari biasa untuk cari rezeki..kalau tak tak makan la kan?

Namun, mereka terlupa atau mungkin tak sedar yang sebenarnya kehidupan mereka ni adalah satu roda yang berpusing, namun pusingannya tidak ke mana. Sebabnya; diorang tak tahu arah tuju hidup ni nak ke mana. So kehidupan bagaikan berada di atas dan kemudian di bawah, namun paksinya tetap sama, koordinatnya masih sama. Mereka statik, dan tidak ke mana-mana. Malah mungkin, mereka akan mati dalam keadaan tak sedar pun untuk apa mereka berada dalam kehidupan ni.  Semuanya kerana mereka tidak tahu, atau mungkin terlupa atau mungkin tertipu..bahawa ada di sana sujud yang cukup memerdekakan.

Itulah dia sujud pada Tuhan yang menjadikan manusia. Itulah sujud yang menjadikan manusia sedar yang kita hidup kat dunia bukan sebab kereta kita yang cantik, or handset kita yang ada GPS (still remember those days that handset is only meant for talking), ataupun anak pinak yang boleh dibanggakan. Sujud pada yang paling Kuasa itulah sujud yang membebaskan manusia daripada kekangan nafsu. Tapi mereka terlupa.. atau dilupakan..

So ni apply kat OZ2 tu jer ke? WRONG.

It applies to everyone, malah lebih teruk lagi kalau di tanah air kita kalau kita perasan. Mudah jer nak tengok perkara yang serupa berlaku di Malaysia sana. Di mana? Tak terkejut pun kalau boleh berlaku di bandar-bandar kecik. Kalau takde pub pon, arak masih lagi dijual, perempuan merata-rata, hiburan sana sini. Cumanya,,, kita mungkin ditipu apabila maksiat ni dicantikkan dengan nama ISLAM; atas tiket kebaikan. Nauzubillah.

So aper sebenarnya nak diceritakan di sini?

Yang nak diceritakan adalah; tengoklah keliling kita. Sebenarnya manusia ramai yang lalai, terlupa diorang kena sujud pada Tuhan,..bukan pada manusia, atau harta..malah yang paling utama.. kita tak boleh tunduk pada nafsu, sebab kita ni makhluk yang sangat lemah sebenarnya.

Akhirnya, nak tak nak kita memang kena balik dekat Dia. Dah mati nanti ingat kita masuk kubur pastu tidur ke? Best sangat camtu.

Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa. (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera. (al-qalam 42-43)

hrm… jangan sampai jadi camni kat akhirat sana nanti. Hari yang mana kita dipaksa untuk bersujud, dan kita waktu dah tak boleh dah nak bongkak. Pada waktu tu, kalau kita dipaksa bersujud, sujud tu dah tak bermakna apa-apa dah sebab Allah nak sujud yang cuma dilakukan di dunia ni jer. Pada waktu ni, sujud ni adalah sujud kehinaan yang dicampakkan ke orang-orang yang engkar, yang malas nak buat apa yang Allah suruh.

Kat dunia ni sahaja, adanya sujud yang memerdekakan. Bagi mereka yang rela dan tunduk kepada Dia.

So pilih la kita nak sujud yang macam mana…

Peperiksaan yang mengubah kehidupan

Posted in Celoteh on 20/06/2009 by hazaana

Bila lihat sahabat-sahabat yang akan menghadapi peperiksaan dalam beberapa masa lagi, rasa sangat kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan. Masing-masing mengerahkan segala tenaga dan usaha agar peranan mereka sebagai hamba tertunai. Setiap hela masa digunakan sebaiknya sebagai bukti melangsaikan tuntutan sunnatullah. Usaha dan tawakal menjadi pendorong setiap perubahan-perubahan yang berlaku. Kagum, dengan sedikit desakan dan ujian dunia, manusia sanggup dan boleh untuk berubah dengan sekejap dan untuk sela masa yang agak lama. Kalau sebelum ini, sukar untuk bangun awal pagi, sekarang begitu mudah, malah ada yang memang bangun sangat awal (sebelum subuh lagi). Kalau sebelum ini, masa yang terluang digunakan untuk perkara-perkara yang kurang berfaedah (macam apa ye…), tapi sekarang buku menjadi teman setia sepanjang masa, masa yg ada terasa sempit dan sangat berharga. Hebat sungguh kuasa perubahan yang ada pada ‘Peperiksaan’ ini. Hebat, suatu berita yg sgt besar, sehingga mampu menggegarkan hati setiap pelajar. Siapa yang berani tidur nyenyak berpanjangan selagi peperiksaan belum selesai. Begitulah kehidupan.

Saya masih belum ada peperiksaan yang terdekat, rasa cemburu dengan mereka yang sedang menghadapi peperiksaan. Cuba juga untuk melakukan beberapa perubahan dalam kehidupan, susah sungguh. Kalau semalam belajar, hari ini kurang sedikit. Kalau semalam sibuk keluar ke sana ke sini, hari ini bermalasan di rumah. Sukar sungguh untuk istiqamah untuk hari yang penuh beramal. Begitulah kehidupan.

Hebat sungguh Allah menyelitkan hikmah-hikmah disebalik kehidupan manusia. Berubah dalam keadaan senang dan leka rupanya lebih sukar daripada berubah dalam keadaan sempit dan susah. Sungguh! Berubah dalam keadaan kita tahu hakikat perubahan yang perlu dilakukan dan akibat sekiranya tiada perubahan berlaku rupanya lebih mudah dan cepat daripada berubah dalam keadaan kita tidak tahu apa-apa kenapa perlu berubah. Sungguh!

Kenapalah manusia tidak belajar daripada kehidupan mereka sendiri. Tidakkah mereka berfikir?

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DI SINI & DI SANA

Syurga yang dirindui

Posted in Cintaku pada Ilahi on 19/06/2009 by hazaana

“Syurga tidak pernah dihias sebagaimana ia dihias bagi ummat ini. Namun anda tidak melihat seorang pun yang merinduinya”

Kata-kata daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh ini cukup menyentuh hati saya. Betapa benarnya kata-kata yang lahir daripada jiwa yang benar ini. Syurga ini tidak pernah dirindui, dicintai, diminta-minta kehebatan nikmatnya oleh ummat sekarang berbanding dengan ummat dahulu. Hairan kenapa demikian?

Sekiranya ditanya di mana tempat akhir yang ingin ditempatkan (akhirat), masing-masing akan memilih syurga sebagai tempat tinggal yang abadi. Biasalah fitrah manusia. Siapa yang mahu tinggal kekal di tempat yang lidah dipotong berkali-kali, panas dan kering sepanjang masa, tiada minuman melainkan minuman dari nanah dan panas menggelegak dan suasana tuduh menuduh menyalahkan orang lain serta penyesalan yang tak sudah. Siapa pula yang tidak mahu tinggal kekal di tempat yang sejuk mata memandang yang dikelilingi bidadari-bidadari yang cantik berseri, kepuasan nikmat yang berpanjangan dan hanya kedengaran kata-kata yang baik dan pujian belaka.

Namun, pemikiran yang logik tidak selalunya menatijahkan apa yang sepatutnya. Keinginan tidak semestinya membuahkan tindakan untuk mencapainya. Biasalah manusia. Selalu ingin melawan sunnatullah.

Kadang-kadang terfikir, adakah tidak cukup cerita kehebatan dan kenikmatan syurga dalam al-Quran dan hadis untuk menggerakkan keinginan yang ada kepada tindakan yang benar. Ataupun kerana tidak cukup tahu dengan kehebatan nikmat yang ada pada syurga sehingga mungkin ada yang menyamakannya seperti kenikmatan-kenikmatan taman-taman tema atau tempat perlancongan di dunia. Nikmat syurga dunia sudah cukup hebat, sudah tidak tertahan untuk merasainya. Apalah yang hendak diharapkan dengan nikmat syurga akhirat yang tidak tahu hujung pangkalnya di mana.

Astghfirullah, adakah kerana dosa di hati atau kejahilan pada DEEN ini yang menutup keinginan dan kekaguman yg kuat pada syurga Allah yang cukup hebat ini. Moga kita menjadi hamba yang melihat nikmat Allah dengan mata hati sehingga berkatalah hati kita “Akulah orang yang merinduinya”.

Kadang-kadang kerana kita samakan syurga akhirat dengan syurga dunia menyebabkan kita tawar hati terhadap nikmat syurga akhirat

Kagum dengan manusia yang sanggup meninggalkan syurga dunia kerana mahukan syurga akhirat. Tidak mudah, tapi tidak mustahil. Bagaimana? Mahu sahut cabaran? Tinggalkan syurga dunia anda, anda pasti merindui syurga akhirat.