Archive for May, 2009

Ku dekatimu Palestin

Posted in Semasa on 30/05/2009 by hazaana

Apa?

Bila?

Kenapa?

Saya tak tahu ape2 la pasal Palestin ni.

Saya perlu tahu ke pasal Palestin ni? Diorang yang letup2kan diri nk bunuh yahudi tu ke?

Eh, kejammnye zionis ni..takkan kalah ke diorang ni?

Wah.. mantapnya senjata IDF!!

[latah manusia di luar sana. Tapi apa kata kita?. Palestin, kami akan BERSAMA MU]

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!!!

Apa?

(lor..kan dah kata.. ‘nantikan’ tu maknanya tunggu…sabo la..)

Nakba dan adik-adik

Posted in Celoteh, Dunia on 28/05/2009 by hazaana

Baru balik daripada satu perbentangan dengan adik-adik tentang Nakba tadi. Alhamdulillah, semua yang ada kat situ seronok jer abang-abang ni datang..

so teringat balik dulu pon pernah dibentangkan tentang Nakba. And pastu kena bentangkan kat orang lain. Alhamdulillah masih ingat sampai sekarang.

Mei 1948. Tak siapa tahu sebenarnya exact date,tp bermulanya 28 Mei 1948, negara haram Israel ditubuhkan. Dengan harga beratus-ratus ribu nyawa Muslimin/muslimat Palestin yang dipaksa untuk keluar daripada rumah. Itu yang dipaksa keluar, ada jer yang ditembak terus tanpa apa-apa rundingan.

Dan percaya atau tidak, kisah Nakba ni tak mendapat coverage yang meluas dalam media. Kenapa? Sebab it meant to be silenced. Tak banyak website yang menceritakan tentang perkara nih. Yet, betapa banyak coverage diberikan untuk holocoust.

One of the agenda adalah satu movie baru daripada Hollywood ‘The Boy in Striped Pyjama’ yang secara psikologinya betujuan untuk timbulkan rasa belas kasihan kepada mangsa-mangsa holocoust yang sebenarnya takde saper pon tahu adakah kisah holocoust itu memang benar atau tidak. Jika pon benar, mungkin diperbesarkan secara berlebihan.

Dan kat sini la propaganda Yahudi. Movie ni keluar almost masa yang sama hampir dengan tarikh Nakba berlaku, dengan bertujuan mengalih perhatian dunia kepada kisah holocoust instead of Palestin or Nakba.

Begitulah akhirnya dunia menyebelahi Israel dengan menimbulkan satu justifikasi bagi mereka yang Israel layak untuk mendapat Palestin kerana mereka telah diseksa dan diketepikan dunia. Namun itu justfikasi mereka, yang mana tak sampai ke tahap yang mereka boleh mengambil hak Palestinian. Muslimin/muslimat Palestin menjadi mangsa. Apa kena mengena rakyat Palestin yang mereka terpaksa membayar harga penyeksaan? Kalau betul mangsa-mangsa Holocoust perlu mendapat pampasan, mereka perlu pergi ke German sana,.minta la tanah daripada German, bukannya merampas daripada rakyat Palestin. Maka, apakah bezanya mereka sendiri dengan Nazi2 yang kononnyer telah menyeksa mereka?

Satu jenayah dah berlaku di sana..dan kita di sini mungkin ada yang masih tidur tanpa menghiraukan muslimin/at yang terseksa di sana. Nasib mereka masih tidak terbela. Namun sehingga kini, sokongan mereka kepada Hamas tidak pernah pudar. Satu bukti yang iman akan terus menyinarkan usaha umat sekiranya benar2 dibina dan dijaga. Mereka akan terus memperjuangkan agama Allah. Dan kita di sini? Sudahkan benar-benar berusaha?

Think..and take an action. Dun just sit..

-insyirah Melb 2009-

Moga kata-kataNya menenangkan hati

Lambaian lalu..sapaan baru..

Posted in Dari hati untuk seorang teman, Tanah Airku on 28/05/2009 by hazaana

Insyirah… lama dah tak guna nama tu. 2 tahun lepas, guna dah nama ni untuk satu blog yang dah mati dah sekarang. Huhu..sedih gak bila fikirkan, lama tak diisi akhirnya terbengkalai camtu jer.

Waktu-waktu tu masih lagi baru nak kenal dengan apa yang dipanggil sebagai satu medan untuk berbakti pada masyarakat. Mentah lagi waktu tu. Tak banyak pengalaman.

sekarang dah almost 5 tahun kt sini..cepatnyer masa berlalu. Kalau dulu rasa Melbourne ni cam asing sgt..rumah yang asing, masyarakat yang asing.. sistem yang asing..

kalau member pon waktu mula sampai tak ramai, muka2 dari KMB gak yang kenal, waktu ni la selalu gak contact2 si mus nih..

itu dulu.. 5 tahun kt sini rasa cam cepat sangat la plak masa dah berlalu.. rasa cam baru semalam turun dari van yang bawak dari airport, waktu tu Zizi housemate lama sambut depan building apartment rumah dua bilik yang dekat dengan bakery  Brunetti. Hehe..tiap2 pagi bangun pagi dah bau roti, bau coffee, bau smoked stuff.. hehe.. terkenang waktu2 tu. Bangun pagi pon 15 minit sebelum kelas start pasal kalau jalan kaki tak smpi 5 minit pon dr kelas..

tu dulu..waktu-waktu mula kenal dengan orang-orang yang tak pernah tau pon kewujudan diorang. Senior2 yang sama umur dengan aku dan aku panggil diorang ‘abang’.. erk..cam ackward la plak bila fikirkan. Malu pon ader. =P.

Tp bila difikirkan,,yes..mmg diorang adalah abang; seorang manusia yang lebih lama mendahului aku dalam jalan yang aku yakin jalan yang boleh bawa ke syurga. Diorang lah abang didik adik-adik (termasuk aku la tu) yang mentah dan tak faham lagi tentang dunia ni (yang sama dengan misi dan visi yang sangat kecil..or mungkin takde kot)..yang mana abang2 ni la yang ajar apa maknanya jadi manusia. APa maknanyer jadi manusia yang ada erti kehidupan dan ada objektif di dunia ni. Objektif yang mana tak lari daripada objektif untuk jadi hamba Allah, Objektif untuk bela agama ni..

Itu dulu..kini mereka tiada dan aku di sini. Dan aku tahu aku tidak boleh mengalihkan tanggungjawab yang kini aku ambil daripada mereka. Tak semudah itu untuk aku letakkan ke tepi tugas aku. Kerana aku mahu adik2 di bawah aku (yang panggil aku ‘abang’ juga walaupun aku agak allergy skit sebutan tu..huhu…) dapat jugak nikmat yang aku dapat. Memang bukan aku yang bagi kat mereka. Tugas tu tugas DIA. Tapi aku tahu aku perlu jadi penunjuk jalan supaya DIA beri hidayah pada mereka. Itu lah nikmat yang paling besar dan paling berharga. HIDAYAH. Yang datang hanya daripada DIA. DIA yang Maha Esa. Dia yang Maha Segalanya. Dia yang Maha Sempurna.

Ya Allah, Kau berilah mereka petunjuk..

Malaysia.. mungkin aku mula menanti lambaian mu.. untuk satu perjuangan yang baru..walaupun aku mula merasa Melbourne ini sebagai tempat permainanku..tapi hakikat tetap hakikat, tanah juang ku bukan kt sini. selama mana aku dpt berada kat sini pun, medan ku di sana.. tanah Malaysia…

Moga ku mampu berlaung takbir di sini lagi.. (soon)

-Insyirah, Melb 2009-

Niat yang ikhlas, ikhlaskah niatku?

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 27/05/2009 by hazaana

Dengan salam aku mulakan,

Setiap perbuatan kita buat dalam dunia tak lari daripada niat kan? Sama ada niat tu kita lafazkan atau kita sebut dalam hati. Ala kulli hal, semua yang berlaku yang dilakukan oleh manusia itu ada niatnya.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

Hadis yang pertama dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam Nawawi ni cukup untuk memberitahu kita yang mana setiap amal perbuatan yang kita buat semua pon nanti akan berbalik kepada niat asal yang kita buat. Jadi sebab tu la kita sebagai seorang muslim digalakkan untuk perbaharui niat dalam kita membuat satu kebaikan tu. Kadang-kadang kita buat suatu perkara tu mungkin jadi niat dah berubah bila kita dalam halfway nk buat kerja tu.

Namun, niat yang kita buat tu sendiri kita kena assess setiap masa. Perlu untuk kita pastikan, nk buat satu kebaikan tu kenapa..adakah sebab mmg ikhlas kerana Allah, ataupun, ada niat2 terselindung di balik tu. Kadang2 amal yang kita nak buat tu dah betul dah. Tp, sebabkan niat kita yang salah, maka rugi la amal tu. Tengok hadis ni pula:

Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a.,
berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang
lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi
kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana
menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah?
Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang
agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah
yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati
oleh al-Bukhari dan Muslim.

So hadis ni specific dia kata, dalam satu amalan yang baik, 3 niat yang berbeza dan akhirnya satu jer yang Allah terima. At the end of the day, lebih2 lagi kita yang berjanji kepada Allah untuk beramal di jalanNya, tujuan dan niat kita bekerja tu takkan lari daripada untuk mencapai kemenangan untuk islam itu sendiri.

Untuk itu, kita juga kena faham kan, dasar kita bekerja adalah iman dan ukhwah itu sendiri. Kita dan kawan-kawan yang lain buat kerja sebab nak capai kemenangan untuk islam. Bukan untuk pencapaian diri kita. Kita buat video, lawat adik-adik, pergi perbincangan mingguan atau pergi membantu adik-adik yang perlukan bantuan..semua tu kita buat atas dasar yang sama. Bukan untuk megahkan diri kita sendiri. Berbeza pula kalau kita buat kerja then kita rasa sangat tenang dan senang. Itu bukan riya’ dan berbangga diri. Ketenangan tu nikmat Allah bagi kat hati mereka yang bekerja ikhlas untuk menangkan agama dia. Kalau kita buat kerja, then kita rasa tak senang orang lain buat kerja lebih daripada kita dan kita rasa kecik hati or sakit hati..itu masalah namanya. Check balik niat kita. Kalau orang lain buat kerja lebih daripada kita, sama sekali tak boleh kita dengkikan. Jealous takpe., tapi mesti kena pada tempatnya dan berpada2, dan kita bertindak dengan kita bekerja sama kuat atau lebih kuat, bukan simpan rasa marah, dengki atau kecik hati yang tidak berasas. Jangan lupa, syaitan suka menenggek pada hati yang penuh dengan sifat emosi yang tidak dijaga atau cuba untuk dikawal.

Jadi begitulah, yang mana kita kena selalu check niat kita dalam nak buat satu perkara. Sebab syaitan ni selalu jer menjenguk, mengintai peluang untuk dia masukkan perasaan dan pujukan yang akhirnya akan mudah merobek niat kita. Dalam pertengahan kita buat kerja pon syaitan sentiasa akan jenguk2.

So kenalah kita selalu perbaharui niat kita, dan pastikan niat kita adalah untuk Allah, dan sama sekali bukan untuk diri kita.

At the end of day..DIA yang akan menentu. Bukan kita pun.

Akhirul Kalam..jom tenung2 niat kita, dan pastu terus beramal. Tenung2 smpi keluar bijik mata pun tak jalan juga

-Insyirah, Melbourne- (guess who?)

Dengan Bismillah aku mulakan…

Posted in Cintaku pada Ilahi on 25/05/2009 by hazaana

Dengan nama Dia yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan nama dia aku menulis artikel yang tak seberapa ni, selepas ditegur oleh PIC (partner in crime some says) tentang ketakberhasilan aku dalam menulis. Maaf teman.

Mungkin bukan untuk mengisi jiwa, tapi sekadar pembuka bicara.

Berbalik kepada ayat pertama dalam artikel ini, betapa ayat yang begitu mudah jer manusia nak sebut. Even tak terkejut pun kalau mereka yang bukan Islam mampu untuk sebut. Dan ayat ini telah menjadi sangat biasa sampaikan manusia dah terlupa akan essence of ayat tersebut.

Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Ar-Rahman, Ar-Rahim.

Kedua-dua sifat yang berbeza (yang tak dapat nak dibentangkan di sini, dengan kadar yang segera sebab kupasan untuk dua perkataan tu sendiri pon dah cukup panjang).

Tapi apa yang nak cuba diperkatakan kat sini, betapa senang untuk kita kata Allah maha Penyayang, Maha Pengasih. Tapi manusia terlupa untuk nak aplikasikan dalam hidup mereka.

Sebagai contoh, jika kita dengan mudah mendapat nikmat, tapi kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Sebagai contoh, kita mendapat gaji setiap bulan, di sudut hati kita rasa berterima kasih kepada majikan kita dahulu. Lama lepas tu mungkin la akan teringat Allah yang bagi. Sedangkan, Allah yang bagi rezeki tu kan? Majikan tu cuma sebagai perantara jer. Kalau begitu jadinye, apa beza kita dengan orang Kristian yang menjadikan Paderi sebagai perantara untuk menghapuskan dosa?

Dan kemudian, jika kita dapat susah pula, agaknya apa la reaksi kita? Berapa ramai yang frust, yang down berlebihan2, yang sampai menyalahkan tuhan pun ada.. beginikan sifat muslim? Sedih dan down tu memang la ada.. fitrah manusia pun..tapi takde pula yang kita nk tu berlebihan kan..

Hadis Nabi S.A.W:

Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a., beliau
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Situasi orang beriman
amat menghairankan. Segala situasinya baik belaka.
Dan perkara ini tidak berlaku kecuali kepada orang yang
beriman. Jika beroleh kebaikan, dia beryukur, maka
situasi itu amat baik baginya. Jika ditimpa kesusahan,
dia bersabar, maka situasi itu amat baik baginya”.
Riwayat Muslim.

Hadis ni self-explained toward certain extent.

Boleh kita simpulkan:

dalam kita mendapat nikmat, jangan kita lupa yang Allah yang bagi kita nikmat tu. Bukan makhluk ciptaan Dia. And bila2 masa jer Allah boleh ambil balik sebab tu memang hak Dia. So jangan sekali kita berlagak bila dapat nikmat, sebab kita tak dapat nak kata memang kita yang mendatangkan sesuatu kenikmatan tu. Kita dipinjamkan jer.

Kalau kita ditimpa musibah lak, kita tak boleh sama sekali nak salahkan ALlah sebab datangkan musibah tu. Sifat muslim bukan begitu. Rasulullah tak berbuat yang demikian. Para sahabat tak berbuat demikian. Tapi yang disuruh untuk kita buat adalah bersabar andainya datang musibah. Sebab semua perkara ader sebab dan hikmah yang tersendiri yang Allah dah buatkan. Banyak benda ghaib yang Allah tak tunjukkan kat kita. Benda ghaib seperti hikmah, dosa, pahala dan rezeki tak ditunjukkan semuanya pada kita. Allah yang kawal tu semua.

So jangan lupa untuk bersyukur if dapat nikmat, dan bukan takat ucap perkataan ‘Alhamdulillah’ jer..tapi yakinlah dalam hati, nikmat tu datang daripada mana, dan kenapa nikmat tu didatangkan kat kita iaitu untuk uji kita sebagai hamba. Kalau nikmat kita ditarik, itu maknanya Allah nak uji kebergantungan kita juga. Jadi kita akan minta pada Tuhan..atau kita lalai dan minta pada makhluk pula..

sekadar luahan

Adha, Melbourne,2009