“Yeah!! Paper habis dah.”
“Seronoknye paper dah habis…”
“Ok dah simpan dah sumer nota2 ni. Tahun depan boleh bagi kat junior lak”
“hello mak…orang dah grad dah ni..alhamdulillah..”
“huhu…aku kantoi a paper nih…”
“wargh…paper killer betul nih!!”
“aku tengok soalan tu…berpinar-pinar mata aku”
“Ukhti…ana salah jawab soalan yang nti dah tunjukkan semalam…huhu..”
“alhamdulillah..soalan sumer yang kuar tu kita dah bincangkan seminggu lepas..”
“Umi..saya kena extend nampaknya..”
“akhi..soalan-soalan nta bombard ana semalam sgt2 berguna..almost sumer keluar..”
….

Begitulah, di saat pengakhiran waktu peperiksaan. Mungkin ni cuma sebahagian je daripada apa yang mungkin terkeluar daripada kawan-kawan dan adik-adik yang keluar daripada dewan exam. Kalau di REB (tempat kami exam kalau orang Adelaide tak tahu
), macam-macam lagi la yang keluar. Daripada secantik bahasa, sampai ke seburuk-buruk bunyi. Namun begitulah, fasa setelah berakhirnya satu daripada usaha exam kita. Dan bagi orang melayu.. ramai akan kata;
“tawakkal jer, dah lepas dah”
Mungkin kita sendiri juga perlu mereview kembali tentang pemahaman kita tentang tawakal. Mungkin di sini saya tidak akan elaborate panjang sebab saya takde exam (sori bagi mereka yang ada exam..tp tahniah sebab anda berjaya melepasi satu lagi fasa ujian dunia, yang Allah datangkan untuk uji kamu).
Sifat tawakal itu sendiri adalah satu daripada kriteria orang yang beriman. Malah Umar sendiri pernah dengan berani mengatakan bahawa seorang sahabat itu bernilai seribu orang kerana adanya nilai iman dan tawakal dalam diri seorang sahabat tersebut. Jadi kita tak dapat lari daripada nak kaitkan iman dan tawakal. Dan mereka adalah berkadar langsung. Semakin tinggi iman, semakin tinggi tawakal. Juga, semakin kita tinggikan tawakal, iman kita akan increase. Conclusion: Naikkan dua-dua..maka itu akan menaikkan nilai kita di mata Tuhan.
Eh cam dah habis plak artikel ni. Rasanya cam baru nk start.
Maybe kita tengok balik apakah definisi tawakal secara generalnya: pergantungan kepada Allah. Secara lebih dalam, pergantungan kepada ALlah itu dalam setiap perkara dan setiap masa. Juga…pergantungan selagi iman itu ada dalam dada.
Namun bukan semudahnya untuk kita katakan; “tawakal je la..dah usaha dah.”
Usaha memang satu daripada kriteria untuk membuktikan tawakal (baca: pergantungan kita kepada Allah) kita. Tanpa usaha, takleh terus tawakal. Itu pemalas namanya, dan berharap membabi buta. Allah tak ajar Rasulullah untuk mengharap jer pada Dia. Macam tu tak payah la nabi usaha sendiri untuk mengajar para sahabat, tak perlu untuk pergi sampaikan islam pada orang lain or tak perlu pun untuk berperang melawan mereka yang menyerang islam. Tapi Rasulullah berusaha dengan tenaga sendiri sebab pertolongan Allah itu datang kerana yakinnya kita yang semua perkara datang daripada Allah. Dan sebab dan musabab masih lagi berlaku. Kita makan sebab kita usaha nak masukkan makanan dalam mulut, tapi dengan keyakinan bahawa Allah yang datangkan rezeki pada kita, tangan kita masih ada tenaga nak angkat makanan, dan makanan tu diizinkan ALlah untuk masuk ke dalam mulut kita.
Keyword yang kita nak kata kat sini: bergantung dan berharap pada Allah, dengan usaha yang kita lakukan, semoga Allah memberkati usaha itu dan akhirnya mendapat ganjaran daripada Dia.
So berbalik pada exam tadi. So usaha kita dah selesai ke? Belum lagi sebenarnya. Usaha kita termasuk untuk kita teruskan doa kita moga dipermudahkan urusan kita sehinggalah kita dapat tahu apakah rezeki yang kita ada pada masa depan. Kan dah cakap tadi.. usaha dan tawakal adalah satu perkara yang berlaku dalam masa yang sama. No such thing usaha dulu, then tawakal. Salah konsep tu.. dalam berusaha pun kita kena sebenarnya kena berharap Allah berikan kemudahan..
namun akhirnya, yang akan datang pada kita, adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Tak semestinya semua perkara yang kita nak adalah terbaik untuk kita, dan semuanya yang tidak baik yang kita tak nak itu tidak baik untuk kita. In other word..tidak satu perkara yang ALlah datangkan tidak ada kebaikan untuk kita..
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)
Akhirul kalam..moga yang dah habis exam tu, dipermudahkan urusan.. =)




