Syurga yang dirindui
“Syurga tidak pernah dihias sebagaimana ia dihias bagi ummat ini. Namun anda tidak melihat seorang pun yang merinduinya”
Kata-kata daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh ini cukup menyentuh hati saya. Betapa benarnya kata-kata yang lahir daripada jiwa yang benar ini. Syurga ini tidak pernah dirindui, dicintai, diminta-minta kehebatan nikmatnya oleh ummat sekarang berbanding dengan ummat dahulu. Hairan kenapa demikian?
Sekiranya ditanya di mana tempat akhir yang ingin ditempatkan (akhirat), masing-masing akan memilih syurga sebagai tempat tinggal yang abadi. Biasalah fitrah manusia. Siapa yang mahu tinggal kekal di tempat yang lidah dipotong berkali-kali, panas dan kering sepanjang masa, tiada minuman melainkan minuman dari nanah dan panas menggelegak dan suasana tuduh menuduh menyalahkan orang lain serta penyesalan yang tak sudah. Siapa pula yang tidak mahu tinggal kekal di tempat yang sejuk mata memandang yang dikelilingi bidadari-bidadari yang cantik berseri, kepuasan nikmat yang berpanjangan dan hanya kedengaran kata-kata yang baik dan pujian belaka.
Namun, pemikiran yang logik tidak selalunya menatijahkan apa yang sepatutnya. Keinginan tidak semestinya membuahkan tindakan untuk mencapainya. Biasalah manusia. Selalu ingin melawan sunnatullah.
Kadang-kadang terfikir, adakah tidak cukup cerita kehebatan dan kenikmatan syurga dalam al-Quran dan hadis untuk menggerakkan keinginan yang ada kepada tindakan yang benar. Ataupun kerana tidak cukup tahu dengan kehebatan nikmat yang ada pada syurga sehingga mungkin ada yang menyamakannya seperti kenikmatan-kenikmatan taman-taman tema atau tempat perlancongan di dunia. Nikmat syurga dunia sudah cukup hebat, sudah tidak tertahan untuk merasainya. Apalah yang hendak diharapkan dengan nikmat syurga akhirat yang tidak tahu hujung pangkalnya di mana.
Astghfirullah, adakah kerana dosa di hati atau kejahilan pada DEEN ini yang menutup keinginan dan kekaguman yg kuat pada syurga Allah yang cukup hebat ini. Moga kita menjadi hamba yang melihat nikmat Allah dengan mata hati sehingga berkatalah hati kita “Akulah orang yang merinduinya”.

Kadang-kadang kerana kita samakan syurga akhirat dengan syurga dunia menyebabkan kita tawar hati terhadap nikmat syurga akhirat
Kagum dengan manusia yang sanggup meninggalkan syurga dunia kerana mahukan syurga akhirat. Tidak mudah, tapi tidak mustahil. Bagaimana? Mahu sahut cabaran? Tinggalkan syurga dunia anda, anda pasti merindui syurga akhirat.
19/06/2009 at 3:08 AM
insyaAllah..
seperti seorang anak kecil yang tidak lepas tangan barang mainannya semasa kecil, akan akhirnya meninggalkannya apabila meningkat usia. moga dengan bertambahnya usia ini, manusia mula meninggalkan dunia yang hanya gelanggang permainan ini kepada negeri akhirat yang lebih abadi, meninggalkan kenikmatan syurga dunia yang fantasi kepada syurga akhirat yang realiti.
doakan syahr jugak ye!
jzkk, entri mengetuk hati dlm demam final exam nih.
21/06/2009 at 12:29 AM
Tinggalkan syurga dunia? Tinggalkan kami di sin dan pulang ke sana???