Peperiksaan yang mengubah kehidupan

Bila lihat sahabat-sahabat yang akan menghadapi peperiksaan dalam beberapa masa lagi, rasa sangat kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan. Masing-masing mengerahkan segala tenaga dan usaha agar peranan mereka sebagai hamba tertunai. Setiap hela masa digunakan sebaiknya sebagai bukti melangsaikan tuntutan sunnatullah. Usaha dan tawakal menjadi pendorong setiap perubahan-perubahan yang berlaku. Kagum, dengan sedikit desakan dan ujian dunia, manusia sanggup dan boleh untuk berubah dengan sekejap dan untuk sela masa yang agak lama. Kalau sebelum ini, sukar untuk bangun awal pagi, sekarang begitu mudah, malah ada yang memang bangun sangat awal (sebelum subuh lagi). Kalau sebelum ini, masa yang terluang digunakan untuk perkara-perkara yang kurang berfaedah (macam apa ye…), tapi sekarang buku menjadi teman setia sepanjang masa, masa yg ada terasa sempit dan sangat berharga. Hebat sungguh kuasa perubahan yang ada pada ‘Peperiksaan’ ini. Hebat, suatu berita yg sgt besar, sehingga mampu menggegarkan hati setiap pelajar. Siapa yang berani tidur nyenyak berpanjangan selagi peperiksaan belum selesai. Begitulah kehidupan.

Saya masih belum ada peperiksaan yang terdekat, rasa cemburu dengan mereka yang sedang menghadapi peperiksaan. Cuba juga untuk melakukan beberapa perubahan dalam kehidupan, susah sungguh. Kalau semalam belajar, hari ini kurang sedikit. Kalau semalam sibuk keluar ke sana ke sini, hari ini bermalasan di rumah. Sukar sungguh untuk istiqamah untuk hari yang penuh beramal. Begitulah kehidupan.

Hebat sungguh Allah menyelitkan hikmah-hikmah disebalik kehidupan manusia. Berubah dalam keadaan senang dan leka rupanya lebih sukar daripada berubah dalam keadaan sempit dan susah. Sungguh! Berubah dalam keadaan kita tahu hakikat perubahan yang perlu dilakukan dan akibat sekiranya tiada perubahan berlaku rupanya lebih mudah dan cepat daripada berubah dalam keadaan kita tidak tahu apa-apa kenapa perlu berubah. Sungguh!

Kenapalah manusia tidak belajar daripada kehidupan mereka sendiri. Tidakkah mereka berfikir?

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DI SINI & DI SANA

One Response to “Peperiksaan yang mengubah kehidupan”

  1. nicely written!

    hidup dalam kesusahan lebih bermotivasi untuk berubah, hidup dalam kesenangan senang terleka.. something i should always think.. sekarang ingat la.. sat lagi dah senang, lupa balik.. huhu..

    harap ada orang ingatkan masa tu nanti..

    jzkk. wassalam.

    p/s: doakan saya ye.. (^_^)

Leave a Reply