Mungkin aku buta

Selalu ana tengok seorang rakan tak bergerak. Dulunye nampak laju jer dia ni bergerak sana-sini, buat kerja amal, nampak gah dalam melangkah kaki. Potensi sungguh. Alhamdulillah, harapan kepada dakwah dunia ini moganya.

Tapi kebelakangan ni nampak layu, nampak sangat ada tanda-tanda lesu dan letih pada matanya. Tidur dah tak menentu. Sudah..virus futurkah sudah menjangkit?. Amalnya tidak selaju dulu. Banyak pula dolak dalihnya.

Keliru aku fikirkan isu ini, tak tenang dalam hati.

Tapi diperhatikan, kelas mingguannya masih dia pergi walaupun ada kelas harian yang ditinggalkan. Solat masih terjaga. Quran masih terjaga. Hafazan masih lagi mantap. Superb still.

Lama aku fikirkan, lama juga terbawa-bawa isu ni. Rasa resah dan rasa sedih juga ada. Cukup banyak sudah perkara lesu yang telah berlaku dan aku tak mahu yang ini menjadi begitu juga.

Akhirnya tersingkap kisah di sebaliknya.

Rupanya kerana aku tidak menjalankan haknya. Kerana aku telah mengabaikan dia sebagai seorang sahabat. Dia rasakan dia dilayan sebagai robot. Sebenarnya setiap kerja dia lakukan dengan baik juga. Cumanya, mungkin tak dihargai sahaja.

Mungkin juga terasa hati apabila yang lain menghilang meninggalkannya di rumah seorang.

Dan di sebalik kisah itua ada kisah yang tersembunyi. Rupanya tindakan aku menambahkan garam pada luka. Luka yang tidak tahu. Ingatkan aku menambah rasa, tapi cuma menambah pedih. Kepedihan dalam hati dia yang tanpa aku sedar turut aku perdalamkan.

Sahabat, rakan dan teman..maafkan kerana tidak menyedari kesulitan yang kau pendamkan. Maafkan kerana tidak menyahut sahutan bantuan dari mata yang kelesuan tu.

Mungkin, aku masih tidak belajar erti ukhwah yang sebenar. Mungkin.

3 Responses to “Mungkin aku buta”

  1. macam deja vu..

  2. iqhakim Says:

    berlaku di mana-mana. Masih banyak yang perlu kita pelajari… T-T

  3. Addin Says:

    masa sebahagian rawatan..

Leave a Reply