Archive for the Cintaku pada Ilahi Category

Tanasuh membawa kita ke jalan yang sepatutnya

Posted in Celoteh, Cintaku pada Ilahi, Dari hati untuk seorang teman on 31/10/2009 by hazaana

Kadang-kadang kita tengok ada seorang sahabat kita dalam rumah sendiri membuat perkara membuang masa. Mungkin kita nampak perkara tu dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa.

Kenapa agaknya?

Adakah kerana kita berbaik sangka yang takpe la..nnt dier sedar la tu. Sampai masa ada la kot orang tegur. Mungkin ayah dier nanti akan tegur. Ataupun..sebenarnya dalam hati kita tanpa kita sedar kita dah merelakan perkara tu berlaku. Atau kita sebenarnya terbiasa dengan membiarkan jahiliyah kecil berlaku sehingga tiada rasa benci kepada kemungkaran.

Wait..jahiliyah kecil jer kan. Bukan membunuh orang or berzina pun… ; kalau begitu yang kita fikirkan, sememangnya dunia dan dosa dah mula bertapak di dalam hati. Jahiliyah yang kecil la sebenarnya akan membawa kepada jahiliyah yang besar. Sedangkan Allah berfirman untuk kita bersama islam sepenuhnya. Dan itu sudah cukup men-invalid-kan dakwaan bahawa jahiliyah kecil is tolerable.

If dalam peristiwa Bilal dikeji pon Nabi dengan tegas menegur para sahabat, apatah lagi jahiliyah-jahiliyah yang kita buat zaman sekarang ni. Kalau dulu tertengok aurat pun sahabat dah rasa bersalah..sekarang ni kita mungkin terbiasa untuk sesama kita sendiri menonton movie-movie ‘islami’ yang dilakonkan oleh mereka yang berlakon ‘islami’..tapinyer..kadang-kadang mereka yang berlakon tu tak menutup aurat pon dalam movie tu.

Rakan-rakan.. jangan bermudah dengan kita banyak memberi rukhsah dan kita compromise dengan mudah dalam perkara-perkara yang kecil. Menonton movie ‘islami’ pon kononnyer.. mendengar lagu yang bersifat duniawi walaupun mungkin ada perkataan ‘Tuhan’, ‘taubat’ dalam liriknya.

Kadang-kadang kita perlu bertegas dalam isu ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mengaku membawa dakwah.

Dalam isu bersama dengan orang yang masih belum faham dengan islam..ada rukhsahnya. Memang dalam untuk memahami mereka, kita perlu mengenali latar belakang mereka. Namun kerana alasan ini la ditakuti penggerak dakwah sendiri tidak nampak di mana batasan. Dan akhirnya apa itu jahiliyah sudah tidak disedari. Malah semakin tiada rasa bersalah kalau kita sesama kita pun dah terbuat. Malah dipromote lagi…

kadang-kadang kita terfikir mengapa dakwah yang kita buat ni bagaikan tiada hasil atau cahaya harapannya. Adik-adik dan masyarakat seolah tidak terasa sentuhan kita. Seorang pernah berkata:

‘Kenapa student-student sekarang ni tak rasa segan silu berkepit bertepuk tampar depan kita ye?’

Good point di situ: masyarakat luar dah tak nampak kita ni significant dan kehadiran kita seolah tiada aura dalam masyarakat.

Mungkin dan besar kemungkinannya..kerana jahiliyah itu sendiri berlegar di kalangan pendakwah. Maka sinar cahaya tu Allah tarik balik dan akhirnya kita sendiri akan tersingkir dari medan dakwah. Time to bring a new generation mungkin. Allahuakbar. Betapa ruginya kita..

Wallahua’lam, sekadar berkongsi, dan moga kita sendiri mampu mengorak langkah baru. Jahilyah-free insyaALlah.

wsalam…

Syurga yang dirindui

Posted in Cintaku pada Ilahi on 19/06/2009 by hazaana

“Syurga tidak pernah dihias sebagaimana ia dihias bagi ummat ini. Namun anda tidak melihat seorang pun yang merinduinya”

Kata-kata daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh ini cukup menyentuh hati saya. Betapa benarnya kata-kata yang lahir daripada jiwa yang benar ini. Syurga ini tidak pernah dirindui, dicintai, diminta-minta kehebatan nikmatnya oleh ummat sekarang berbanding dengan ummat dahulu. Hairan kenapa demikian?

Sekiranya ditanya di mana tempat akhir yang ingin ditempatkan (akhirat), masing-masing akan memilih syurga sebagai tempat tinggal yang abadi. Biasalah fitrah manusia. Siapa yang mahu tinggal kekal di tempat yang lidah dipotong berkali-kali, panas dan kering sepanjang masa, tiada minuman melainkan minuman dari nanah dan panas menggelegak dan suasana tuduh menuduh menyalahkan orang lain serta penyesalan yang tak sudah. Siapa pula yang tidak mahu tinggal kekal di tempat yang sejuk mata memandang yang dikelilingi bidadari-bidadari yang cantik berseri, kepuasan nikmat yang berpanjangan dan hanya kedengaran kata-kata yang baik dan pujian belaka.

Namun, pemikiran yang logik tidak selalunya menatijahkan apa yang sepatutnya. Keinginan tidak semestinya membuahkan tindakan untuk mencapainya. Biasalah manusia. Selalu ingin melawan sunnatullah.

Kadang-kadang terfikir, adakah tidak cukup cerita kehebatan dan kenikmatan syurga dalam al-Quran dan hadis untuk menggerakkan keinginan yang ada kepada tindakan yang benar. Ataupun kerana tidak cukup tahu dengan kehebatan nikmat yang ada pada syurga sehingga mungkin ada yang menyamakannya seperti kenikmatan-kenikmatan taman-taman tema atau tempat perlancongan di dunia. Nikmat syurga dunia sudah cukup hebat, sudah tidak tertahan untuk merasainya. Apalah yang hendak diharapkan dengan nikmat syurga akhirat yang tidak tahu hujung pangkalnya di mana.

Astghfirullah, adakah kerana dosa di hati atau kejahilan pada DEEN ini yang menutup keinginan dan kekaguman yg kuat pada syurga Allah yang cukup hebat ini. Moga kita menjadi hamba yang melihat nikmat Allah dengan mata hati sehingga berkatalah hati kita “Akulah orang yang merinduinya”.

Kadang-kadang kerana kita samakan syurga akhirat dengan syurga dunia menyebabkan kita tawar hati terhadap nikmat syurga akhirat

Kagum dengan manusia yang sanggup meninggalkan syurga dunia kerana mahukan syurga akhirat. Tidak mudah, tapi tidak mustahil. Bagaimana? Mahu sahut cabaran? Tinggalkan syurga dunia anda, anda pasti merindui syurga akhirat.

Dengan Bismillah aku mulakan…

Posted in Cintaku pada Ilahi on 25/05/2009 by hazaana

Dengan nama Dia yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan nama dia aku menulis artikel yang tak seberapa ni, selepas ditegur oleh PIC (partner in crime some says) tentang ketakberhasilan aku dalam menulis. Maaf teman.

Mungkin bukan untuk mengisi jiwa, tapi sekadar pembuka bicara.

Berbalik kepada ayat pertama dalam artikel ini, betapa ayat yang begitu mudah jer manusia nak sebut. Even tak terkejut pun kalau mereka yang bukan Islam mampu untuk sebut. Dan ayat ini telah menjadi sangat biasa sampaikan manusia dah terlupa akan essence of ayat tersebut.

Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Ar-Rahman, Ar-Rahim.

Kedua-dua sifat yang berbeza (yang tak dapat nak dibentangkan di sini, dengan kadar yang segera sebab kupasan untuk dua perkataan tu sendiri pon dah cukup panjang).

Tapi apa yang nak cuba diperkatakan kat sini, betapa senang untuk kita kata Allah maha Penyayang, Maha Pengasih. Tapi manusia terlupa untuk nak aplikasikan dalam hidup mereka.

Sebagai contoh, jika kita dengan mudah mendapat nikmat, tapi kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Sebagai contoh, kita mendapat gaji setiap bulan, di sudut hati kita rasa berterima kasih kepada majikan kita dahulu. Lama lepas tu mungkin la akan teringat Allah yang bagi. Sedangkan, Allah yang bagi rezeki tu kan? Majikan tu cuma sebagai perantara jer. Kalau begitu jadinye, apa beza kita dengan orang Kristian yang menjadikan Paderi sebagai perantara untuk menghapuskan dosa?

Dan kemudian, jika kita dapat susah pula, agaknya apa la reaksi kita? Berapa ramai yang frust, yang down berlebihan2, yang sampai menyalahkan tuhan pun ada.. beginikan sifat muslim? Sedih dan down tu memang la ada.. fitrah manusia pun..tapi takde pula yang kita nk tu berlebihan kan..

Hadis Nabi S.A.W:

Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a., beliau
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Situasi orang beriman
amat menghairankan. Segala situasinya baik belaka.
Dan perkara ini tidak berlaku kecuali kepada orang yang
beriman. Jika beroleh kebaikan, dia beryukur, maka
situasi itu amat baik baginya. Jika ditimpa kesusahan,
dia bersabar, maka situasi itu amat baik baginya”.
Riwayat Muslim.

Hadis ni self-explained toward certain extent.

Boleh kita simpulkan:

dalam kita mendapat nikmat, jangan kita lupa yang Allah yang bagi kita nikmat tu. Bukan makhluk ciptaan Dia. And bila2 masa jer Allah boleh ambil balik sebab tu memang hak Dia. So jangan sekali kita berlagak bila dapat nikmat, sebab kita tak dapat nak kata memang kita yang mendatangkan sesuatu kenikmatan tu. Kita dipinjamkan jer.

Kalau kita ditimpa musibah lak, kita tak boleh sama sekali nak salahkan ALlah sebab datangkan musibah tu. Sifat muslim bukan begitu. Rasulullah tak berbuat yang demikian. Para sahabat tak berbuat demikian. Tapi yang disuruh untuk kita buat adalah bersabar andainya datang musibah. Sebab semua perkara ader sebab dan hikmah yang tersendiri yang Allah dah buatkan. Banyak benda ghaib yang Allah tak tunjukkan kat kita. Benda ghaib seperti hikmah, dosa, pahala dan rezeki tak ditunjukkan semuanya pada kita. Allah yang kawal tu semua.

So jangan lupa untuk bersyukur if dapat nikmat, dan bukan takat ucap perkataan ‘Alhamdulillah’ jer..tapi yakinlah dalam hati, nikmat tu datang daripada mana, dan kenapa nikmat tu didatangkan kat kita iaitu untuk uji kita sebagai hamba. Kalau nikmat kita ditarik, itu maknanya Allah nak uji kebergantungan kita juga. Jadi kita akan minta pada Tuhan..atau kita lalai dan minta pada makhluk pula..

sekadar luahan

Adha, Melbourne,2009