Archive for the Dari hati untuk seorang teman Category

Sayangnya pada si dia~~

Posted in Dari hati untuk seorang teman on 19/11/2009 by hazaana

Jangan salah sangka, nota kecil ini bukan untuk memberitahu yang saya atau sesiapa jatuh cinta. Subjek ‘cinta’ sangat meluas. Tapi cuma berkongsi luahan seorang kawan. Tentang sayang.

 

Bila kita sayangkan seorang saudara,

kita inginkan dia terus beriman pada Allah,

dengan itu kita mahukan dia sentiasa ditegur jika membuat kesalahan,

sayangnya pada saudaranya, dia mahukan saudaranya itu bahagia,

gusar hatinya jika terdapat kilas kecewa dan pilu di mata saudaranya,

Sayangnya pada saudaranya, dia mahu sahabatnya selalu sedar,

kita mulia kerana islam, terbentuknya kita seorang manusia kerana tarbiyah,

kerana itu dia mahukan sahabatnya sentiasa alert dengan dunia, dan pastikan tarbiyah sentiasa on top of his mind.

Sayangnya dia pada sahabatnya; betapa marahnya dan kecewanya melihat sahabatnya terus dengan jahiliyah,

namun kerana sayang juga ditahan dan cuba ditarik semula sahabatnya itu,

sayangnya sahabatnya, dia tidak mahu sahabatnya keluar dari syariat,

biarlah dia dibenci kerana selalu menegur, biarlah terpaksa menahan sebak jika sahabatnya terkilan kerana ditegur,

dia hanya mahukan sahabatnya hidup dengan maksiat-nafsu free,

sayangnya dia pada sahabatnya, dia mahukan sahabatnya matang,

matang dalam tarbiyah dan sahabatnya mampu mentarbiyah,

sayangnya dia pada sahabatnya, dia mahu berkongsi semua ilmu dan kefahaman yang dia ada,

sayangnya dia pada sahabatnya, dia mahu potensi sahabatnya digilap dan diterjemahkan, walaupun saudaranya sendiri menafikan potensi itu,

Sayangnya dia pada sahabatnya, dia yakin sahabatnya akan mampu menjadi daie yang memimpin.

sayangnya dia pada sahabatnya, dia yakin untuk menyerahkan dakwah ini untuk disambung oleh saudaranya..

-Sayangnya adalah begitu. Tidak lain dari itu-

Belajar dari sejarah kita juga

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 05/11/2009 by hazaana

Teringat satu pesanan dari seorang asatizah di malaysia. Bila ditanyakan soalan, kalau ada satu pesanan yang paling utama berharga untuk semua, what would it be..? jawapnya:

‘Berjaga-jaga dengan dunia. Sebab satu tamadun boleh jatuh dengan mudah bila dunia masuk ke dalam hati’.

Pendek jer pesanan tu. Dan tak diterangkan pun. Mungkin aku sendiri faham-faham.

Tapi selalunya perkara begini yang mudah untuk manusia terlupa. Malah kita sebagai penggerak dakwah juga. Terlupa kerana dunia sangat licik. Syaitan juga sangat licik. Because by the time kita realize dunia bermain dalam hati, the damages has been done.

Tengok semula kepada sejarah dunia samada tamadun islam atau bukan. Tamadun Yunani mengambil masa yang lama untuk dibina, akhirnya musnah dalam masa hanya beberapa tahun. Runtuh akhirnya kerana masalah kerosakan akhlak dalam masyarakat, yang semuanya bermula daripada apabila leka dengan apa yang dunia boleh offer kepada manusia; harta, kesenangan, kurangnya kesungguhan dalam kerja kerana kemudahan dah ada, wanita, keluarga, pangkat dan anak-anak.

Tamadun kita juga begitu. Naiknyer satu tamadun kerana sahabat faham akan keagungan agama ni, maka para sahabat faham agama inilah yang akan menyelamatkan manusia daripada kerosakan yang berlaku. Hati manusia yang rosak hanya boleh dirawat dengan mengembalikan hati itu kepada bertuhan yang satu.

Jadi untuk kita yang mendirikan dan menggerakkan satu usaha untuk menyelamatkan manusia ini, jaga-jaga kerana dunia dengan mudah boleh masuk ke dalam hati. sangat licik. Sungguh licik.

Mari kita assess keadaan kita..paling mudah, dalam kita bangun seharian, apakah perkara pertama yang akan datang dalam kepala kita; adakah university kita atau kita terfikirkan tentang dakwah kita dan kemudian baru dunia datang.

Assess juga percakapan kita seharian sesama ikhwah sendiri pun. Adakah lebih banyak kita bercakap hal dunia atau kita bercakap perkara2 yang membawa kepada pembinaan diri seorang ikhwah dan membawa kepada kefahaman dakwah.

Tapi mungkin ada antara kita yang beranggapan..kalau bercakap banyak-banyak tentang iphone, handset ni akan membentuk seorang ikhwah yang hebat dalam teknologi kot.

Mungkin. Mungkin tidak. Most probably tidak.  Kerana akhirnya kita lebih banyak terlupa tentang tarbiyah dan dakwah.

Apabila dunia bermain dalam hati, maka tiada la sinar di wajah kita yang bersinar kerana hati yang ingatkan Tuhan dan akal yang banyak berfikir untuk memajukan dakwah.

Dunia akan mati. Maka hati dan akal yang penuh dengannya juga akan mati.

Dakwah ini digerakkan oleh hati dan akal penggeraknya. Akal dan hati yang mati..maka dakwah akhirnya mampu mati juga.

Tanasuh membawa kita ke jalan yang sepatutnya

Posted in Celoteh, Cintaku pada Ilahi, Dari hati untuk seorang teman on 31/10/2009 by hazaana

Kadang-kadang kita tengok ada seorang sahabat kita dalam rumah sendiri membuat perkara membuang masa. Mungkin kita nampak perkara tu dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa.

Kenapa agaknya?

Adakah kerana kita berbaik sangka yang takpe la..nnt dier sedar la tu. Sampai masa ada la kot orang tegur. Mungkin ayah dier nanti akan tegur. Ataupun..sebenarnya dalam hati kita tanpa kita sedar kita dah merelakan perkara tu berlaku. Atau kita sebenarnya terbiasa dengan membiarkan jahiliyah kecil berlaku sehingga tiada rasa benci kepada kemungkaran.

Wait..jahiliyah kecil jer kan. Bukan membunuh orang or berzina pun… ; kalau begitu yang kita fikirkan, sememangnya dunia dan dosa dah mula bertapak di dalam hati. Jahiliyah yang kecil la sebenarnya akan membawa kepada jahiliyah yang besar. Sedangkan Allah berfirman untuk kita bersama islam sepenuhnya. Dan itu sudah cukup men-invalid-kan dakwaan bahawa jahiliyah kecil is tolerable.

If dalam peristiwa Bilal dikeji pon Nabi dengan tegas menegur para sahabat, apatah lagi jahiliyah-jahiliyah yang kita buat zaman sekarang ni. Kalau dulu tertengok aurat pun sahabat dah rasa bersalah..sekarang ni kita mungkin terbiasa untuk sesama kita sendiri menonton movie-movie ‘islami’ yang dilakonkan oleh mereka yang berlakon ‘islami’..tapinyer..kadang-kadang mereka yang berlakon tu tak menutup aurat pon dalam movie tu.

Rakan-rakan.. jangan bermudah dengan kita banyak memberi rukhsah dan kita compromise dengan mudah dalam perkara-perkara yang kecil. Menonton movie ‘islami’ pon kononnyer.. mendengar lagu yang bersifat duniawi walaupun mungkin ada perkataan ‘Tuhan’, ‘taubat’ dalam liriknya.

Kadang-kadang kita perlu bertegas dalam isu ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mengaku membawa dakwah.

Dalam isu bersama dengan orang yang masih belum faham dengan islam..ada rukhsahnya. Memang dalam untuk memahami mereka, kita perlu mengenali latar belakang mereka. Namun kerana alasan ini la ditakuti penggerak dakwah sendiri tidak nampak di mana batasan. Dan akhirnya apa itu jahiliyah sudah tidak disedari. Malah semakin tiada rasa bersalah kalau kita sesama kita pun dah terbuat. Malah dipromote lagi…

kadang-kadang kita terfikir mengapa dakwah yang kita buat ni bagaikan tiada hasil atau cahaya harapannya. Adik-adik dan masyarakat seolah tidak terasa sentuhan kita. Seorang pernah berkata:

‘Kenapa student-student sekarang ni tak rasa segan silu berkepit bertepuk tampar depan kita ye?’

Good point di situ: masyarakat luar dah tak nampak kita ni significant dan kehadiran kita seolah tiada aura dalam masyarakat.

Mungkin dan besar kemungkinannya..kerana jahiliyah itu sendiri berlegar di kalangan pendakwah. Maka sinar cahaya tu Allah tarik balik dan akhirnya kita sendiri akan tersingkir dari medan dakwah. Time to bring a new generation mungkin. Allahuakbar. Betapa ruginya kita..

Wallahua’lam, sekadar berkongsi, dan moga kita sendiri mampu mengorak langkah baru. Jahilyah-free insyaALlah.

wsalam…

Buat yang ada di sini, kerana aku mungkin terpaksa pergi

Posted in Dari hati untuk seorang teman, Dunia on 30/10/2009 by hazaana
Assalamualaikum wbrt
ke hadapan barisan pendakwah di atas muka bumi Australia ini.
Ana terpanggil untuk berkongsikan apa yang ada dalam kepala ana pada waktu2 begini. Mungkin kerana masa ana yang makin kurang di melbourne ini, atau mungkin kerana keadaan yang memerlukan untuk ana berterus-terang dengan apa yang berlaku di depan mata.
Ana teringat pada satu teguran yang diberi oleh sorang ikhwah lama.
‘Kita diberi kesedaran dengan islam, tarbiyah dan dakwah ni bukan untuk kita mendapat pengiktirafan.. kalau bukan orang lain mengiktiraf kita, sekurangnya bukan untuk kita rasa kita diri ni dah bagus.
Kita ni dibagi penghormatan ni untuk kita dptkan iktiraf depan Tuhan nnt. Kesedaran ni sebenarnya adalah satu amanah untuk kita laksanakan. Kalau tak, jawab la sendiri depan Tuhan nanti.’
Kita ni selalu panggil diri kita pendakwah. Cuma mungkin better kita start muhasabah diri kita balik; apa yang kita dakwahkan dan kepada siapa kita berdakwah sebenarnya?
Kita ni dah betul berdakwah ke? Nabi berdakwah dengan korbankan masa dan tenaga untuk orang lain dapat kefahaman islam. Kita ni dah cukup berkorban ke masa dan tenaga kita untuk orang lain? Or kita ni lebih banyak masa korbankan tenaga dan masa untuk diri kita?
Kita ni mengaku dalam tarbiyah kan? Kalau camtu, cuba tanyer.. kita ni dah betul ke mentarbiyah diri kita menjadi individu2 spt para sahabat yang kemudiannya berusaha mentarbiyah orang di luar sana smpi diorang juga dpt faham islam?
kadang-kadang ana tertanya… apa sebenarnya yang berlaku, if ada ikhwah yang lebih utamakan untuk dia penuhkan kemahuannya untuk bersenang melayar internet, menonton cerita2 daripada dia berusaha untuk membina diri, agar dia dpt membina orang lain…
Kalau kita nk salahkan seseorang, kita boleh salahkan seorang pendidik yang gagal mendidik mungkin. Tapi sebelum salahkan seseorang, fikirkan dulu; kita ni mengaku penggerak..jadi antum dah act as penggerak dakwah ke or masih lagi menantikan durian runtuh dr langit..? Kita sekarang berada pada posisi sehingga boleh tarbiyah orang lain kot patutnya.. Wake up!. Kita dah boleh berlari. Tapi antum bagaikan menunggu satu pengiktirafan untuk bergerak.
Ikhwah,,Tidak perlu untuk diiktiraf untuk kita beramal. Dakwah bukan bergerak kerana telunjuk seorang individu, tp adalah kerana dakwah ni dakwah milik Tuhan.
Penggerak dakwah memastikan dirinya menjadi qudwah..perkataannya adalah berkenaan tarbiyah dan dakwah. So mereka2 yang yakin dier akan jadi penggerak tahun depan, maka dalam kepalanya sepatutnya adalah persoalan2 untuk dia memajukan dakwah. Dia patut bertanya; apa status mad’u sekarang? apa yang ana boleh buat untuk tingkatkan mad’u? Apa ikhwah sedang buat sekarang ni? cmaner pencapaian ikhwah?
bagi mereka yang tidak memikirkan peningkatan tarbiyah orang lain, most likely dier tak terpikir pon tentang tarbiyah dirinya.. Atau mungkin, kita terlampau fikir tentang diri sendiri smpi lupa yang kita perlu fikirkan tentang dakwah..
perkataan kita sesama ikhwah adakah selalunyer berkenaan dengan dakwah? Or kita banyak berbual tentang duit, handset, iphone, ipod, harta, cerita2 yang kita rasa mungkin ada unsur tarbiyah kononnyer.. (any movie boleh jadi tidak membawa kepada amal, kalau kita tak niatkan dalam hati untuk perkara tu mentarbiyah kita dan kemudian kita mampu mentarbiyah orang lain).
ikhwah, zaman sekarang ni tak sama dengan dulu. Kalau dulu dakwah mungkin mati kerana serangan luar (Itu pon dakwah masih lagi mampu berjalan). Sekarang ni, dakwah boleh mati di tangan para daie sendiri. Dakwah tetap akan berjalan juga, tp  maybe that time, if ikhwah tak fikir dengan serius isu tarbiyah sekarang ni..maka kita boleh jadi futur waktu tu, n dakwah ni akan diberikan pada orang lain yang betul2 nak beramal..
dakwah juga boleh terencat kerana jahiliyah yang kita buat setiap hari. Jahiliyah yang kecil, kalau kita compromise, akan bawa kepada jahiliyah yang lebih besar..
Jadi check these steps untuk kebaikan semuanya:
- mubahasah diri sendiri dan juga ikhwah sekeliling
- kenalpasti kelemahan dan kekuatan
- merancang kepada yang lebih baik dengan penyelesaian..
- bertindak…
- muhasabah lagi dan keep on bawa pembaikan. Serahkan pada DIA
Moga DIA memberkati kita semua…
Wsalam

Mungkin aku buta

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 15/10/2009 by hazaana

Selalu ana tengok seorang rakan tak bergerak. Dulunye nampak laju jer dia ni bergerak sana-sini, buat kerja amal, nampak gah dalam melangkah kaki. Potensi sungguh. Alhamdulillah, harapan kepada dakwah dunia ini moganya.

Tapi kebelakangan ni nampak layu, nampak sangat ada tanda-tanda lesu dan letih pada matanya. Tidur dah tak menentu. Sudah..virus futurkah sudah menjangkit?. Amalnya tidak selaju dulu. Banyak pula dolak dalihnya.

Keliru aku fikirkan isu ini, tak tenang dalam hati.

Tapi diperhatikan, kelas mingguannya masih dia pergi walaupun ada kelas harian yang ditinggalkan. Solat masih terjaga. Quran masih terjaga. Hafazan masih lagi mantap. Superb still.

Lama aku fikirkan, lama juga terbawa-bawa isu ni. Rasa resah dan rasa sedih juga ada. Cukup banyak sudah perkara lesu yang telah berlaku dan aku tak mahu yang ini menjadi begitu juga.

Akhirnya tersingkap kisah di sebaliknya.

Rupanya kerana aku tidak menjalankan haknya. Kerana aku telah mengabaikan dia sebagai seorang sahabat. Dia rasakan dia dilayan sebagai robot. Sebenarnya setiap kerja dia lakukan dengan baik juga. Cumanya, mungkin tak dihargai sahaja.

Mungkin juga terasa hati apabila yang lain menghilang meninggalkannya di rumah seorang.

Dan di sebalik kisah itua ada kisah yang tersembunyi. Rupanya tindakan aku menambahkan garam pada luka. Luka yang tidak tahu. Ingatkan aku menambah rasa, tapi cuma menambah pedih. Kepedihan dalam hati dia yang tanpa aku sedar turut aku perdalamkan.

Sahabat, rakan dan teman..maafkan kerana tidak menyedari kesulitan yang kau pendamkan. Maafkan kerana tidak menyahut sahutan bantuan dari mata yang kelesuan tu.

Mungkin, aku masih tidak belajar erti ukhwah yang sebenar. Mungkin.

Winter..program..tarbawi kita..

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 01/06/2009 by hazaana

Bismillah..

Dengan namaNya..

Di sini sedikit nasihat untuk diri ana dan juga untuk orang lain. Ana terpanggil untuk berkongsikan sedikit pemerhatian daripada pengalaman selama ni.

Ana tak lama dalam tarbiyah, hanya 5 tahun termasuk tahun ni (moga diteruskan berada dalam tarbiyah sampai akhir hayat hendaknya, biarpun hayat mungkin hanya untuk seminit yang akan mendatang)

Penting untuk kita yang berada di jalan Allah ini untuk sentiasa tenung balik untuk apa kita buat apa yang selama ni kita buat. Dalam amal ISMA yang semakin berkembang, dengan aktiviti dan program umum untuk masyarakat di luar sana yang semakin banyak. Mmg selari dengan visi dan misi ISMA, kita memasuki ke fasa untuk mendidik masyarakat. Dalam nak buat tu, mmg pada peringkat awal, kita akan invest untuk masyarakat mengenal kita.

Seperti di sini pun, akan banyak program yang kita buat, banyak sangat benda teknikal untuk kita arrange, banyak sangat manusia yang kita nak cater. Namun..jangan sekali2 kita lupa apa yang kita buat ni Lillahi Ta’ala. Akhirnya untuk Dia.

Dan jangan kita lupa juga, dalam kita nak didik masyarakat, perlu untuk terus peka akan mereka yang akan mendokong jalan yang kita bawa ni. Masyarakat masih juga perlu untuk disedarkan yang mereka perlu bersama-sama dengan kita untuk membina masyarakat yang hidupnya berpaksikan islam daripada peringkat perseorangan sehinggalah ke peringkat keseluruhan dunia, sesuai dengan firman Allah, yang mana kita ni mmg manusia yang terbaik (dengan syaratnya..kita kena la amal maa’ruf nahi mungkar).

so dalam kerja2 umum dan teknikal yang sangat banyak ni, jangan kita lupa pula pada nilai dan pendidikan diri kita sendiri. Jangan kerana sibuk membuat video kita lupakan ukhwah, kita lupa yang kita kena baca quran, kita lupa kena puasa. Jangan kerana seronok dalam berorganisasi, kita sendiri lupa untuk nilai diri kita sendiri.

BUkan sahaja diri kita, tapi tanggungjawab kita untuk memerhatikan orang-orang lain yang sama2 bekerja dengan kita; housemate kita, rakan seperbincangan kita, malah semua ini perlu diperhatikan. If ada yang terlupa, maka tegurlah, jangan dibiar jer kawan kita tu hanyut. nanti kita nak pegi ke timur dia tetiba berayun ke barat..dan dia akan terus berayun ke barat sebab takde orang nak baling tali tangkap dia. Kalau dia berayun ke barat tu dengan misi yang sama mungkin ok, sebab nnt dier akan balik kat kita. Kot2 die ader misi dunia plak karang…naya jer..penat dah tarik dia masuk kapal sama2 dengan kita..last2 dier naik bot emergency pergi tempat lain.

Dan kita tidak mahu adanya nanti orang yang keletihan kerana pada peringkat awalnya telah tersilap menyediakan diri.

Jika ini berlaku, maka kembalilah kepada sebab paling besar kita berada kat sini. Tarbiyah dan dakwah tidak boleh terpisah daripada apa yang sedang kita buat selama ini. nasihat menasihati kena berjalan. Jangan assume yang orang lain akan buat..or buat andaian yang ayah/mak dia akan tegur..kadang2 benda tu berlaku depan mata kita, kita juga kena buat.

Ingat..; kita buat semua ni atas dasar iman dan ukhwah. =)

Insyirah, melb 2009

Lambaian lalu..sapaan baru..

Posted in Dari hati untuk seorang teman, Tanah Airku on 28/05/2009 by hazaana

Insyirah… lama dah tak guna nama tu. 2 tahun lepas, guna dah nama ni untuk satu blog yang dah mati dah sekarang. Huhu..sedih gak bila fikirkan, lama tak diisi akhirnya terbengkalai camtu jer.

Waktu-waktu tu masih lagi baru nak kenal dengan apa yang dipanggil sebagai satu medan untuk berbakti pada masyarakat. Mentah lagi waktu tu. Tak banyak pengalaman.

sekarang dah almost 5 tahun kt sini..cepatnyer masa berlalu. Kalau dulu rasa Melbourne ni cam asing sgt..rumah yang asing, masyarakat yang asing.. sistem yang asing..

kalau member pon waktu mula sampai tak ramai, muka2 dari KMB gak yang kenal, waktu ni la selalu gak contact2 si mus nih..

itu dulu.. 5 tahun kt sini rasa cam cepat sangat la plak masa dah berlalu.. rasa cam baru semalam turun dari van yang bawak dari airport, waktu tu Zizi housemate lama sambut depan building apartment rumah dua bilik yang dekat dengan bakery  Brunetti. Hehe..tiap2 pagi bangun pagi dah bau roti, bau coffee, bau smoked stuff.. hehe.. terkenang waktu2 tu. Bangun pagi pon 15 minit sebelum kelas start pasal kalau jalan kaki tak smpi 5 minit pon dr kelas..

tu dulu..waktu-waktu mula kenal dengan orang-orang yang tak pernah tau pon kewujudan diorang. Senior2 yang sama umur dengan aku dan aku panggil diorang ‘abang’.. erk..cam ackward la plak bila fikirkan. Malu pon ader. =P.

Tp bila difikirkan,,yes..mmg diorang adalah abang; seorang manusia yang lebih lama mendahului aku dalam jalan yang aku yakin jalan yang boleh bawa ke syurga. Diorang lah abang didik adik-adik (termasuk aku la tu) yang mentah dan tak faham lagi tentang dunia ni (yang sama dengan misi dan visi yang sangat kecil..or mungkin takde kot)..yang mana abang2 ni la yang ajar apa maknanya jadi manusia. APa maknanyer jadi manusia yang ada erti kehidupan dan ada objektif di dunia ni. Objektif yang mana tak lari daripada objektif untuk jadi hamba Allah, Objektif untuk bela agama ni..

Itu dulu..kini mereka tiada dan aku di sini. Dan aku tahu aku tidak boleh mengalihkan tanggungjawab yang kini aku ambil daripada mereka. Tak semudah itu untuk aku letakkan ke tepi tugas aku. Kerana aku mahu adik2 di bawah aku (yang panggil aku ‘abang’ juga walaupun aku agak allergy skit sebutan tu..huhu…) dapat jugak nikmat yang aku dapat. Memang bukan aku yang bagi kat mereka. Tugas tu tugas DIA. Tapi aku tahu aku perlu jadi penunjuk jalan supaya DIA beri hidayah pada mereka. Itu lah nikmat yang paling besar dan paling berharga. HIDAYAH. Yang datang hanya daripada DIA. DIA yang Maha Esa. Dia yang Maha Segalanya. Dia yang Maha Sempurna.

Ya Allah, Kau berilah mereka petunjuk..

Malaysia.. mungkin aku mula menanti lambaian mu.. untuk satu perjuangan yang baru..walaupun aku mula merasa Melbourne ini sebagai tempat permainanku..tapi hakikat tetap hakikat, tanah juang ku bukan kt sini. selama mana aku dpt berada kat sini pun, medan ku di sana.. tanah Malaysia…

Moga ku mampu berlaung takbir di sini lagi.. (soon)

-Insyirah, Melb 2009-

Niat yang ikhlas, ikhlaskah niatku?

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 27/05/2009 by hazaana

Dengan salam aku mulakan,

Setiap perbuatan kita buat dalam dunia tak lari daripada niat kan? Sama ada niat tu kita lafazkan atau kita sebut dalam hati. Ala kulli hal, semua yang berlaku yang dilakukan oleh manusia itu ada niatnya.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

Hadis yang pertama dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam Nawawi ni cukup untuk memberitahu kita yang mana setiap amal perbuatan yang kita buat semua pon nanti akan berbalik kepada niat asal yang kita buat. Jadi sebab tu la kita sebagai seorang muslim digalakkan untuk perbaharui niat dalam kita membuat satu kebaikan tu. Kadang-kadang kita buat suatu perkara tu mungkin jadi niat dah berubah bila kita dalam halfway nk buat kerja tu.

Namun, niat yang kita buat tu sendiri kita kena assess setiap masa. Perlu untuk kita pastikan, nk buat satu kebaikan tu kenapa..adakah sebab mmg ikhlas kerana Allah, ataupun, ada niat2 terselindung di balik tu. Kadang2 amal yang kita nak buat tu dah betul dah. Tp, sebabkan niat kita yang salah, maka rugi la amal tu. Tengok hadis ni pula:

Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a.,
berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang
lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi
kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana
menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah?
Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang
agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah
yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati
oleh al-Bukhari dan Muslim.

So hadis ni specific dia kata, dalam satu amalan yang baik, 3 niat yang berbeza dan akhirnya satu jer yang Allah terima. At the end of the day, lebih2 lagi kita yang berjanji kepada Allah untuk beramal di jalanNya, tujuan dan niat kita bekerja tu takkan lari daripada untuk mencapai kemenangan untuk islam itu sendiri.

Untuk itu, kita juga kena faham kan, dasar kita bekerja adalah iman dan ukhwah itu sendiri. Kita dan kawan-kawan yang lain buat kerja sebab nak capai kemenangan untuk islam. Bukan untuk pencapaian diri kita. Kita buat video, lawat adik-adik, pergi perbincangan mingguan atau pergi membantu adik-adik yang perlukan bantuan..semua tu kita buat atas dasar yang sama. Bukan untuk megahkan diri kita sendiri. Berbeza pula kalau kita buat kerja then kita rasa sangat tenang dan senang. Itu bukan riya’ dan berbangga diri. Ketenangan tu nikmat Allah bagi kat hati mereka yang bekerja ikhlas untuk menangkan agama dia. Kalau kita buat kerja, then kita rasa tak senang orang lain buat kerja lebih daripada kita dan kita rasa kecik hati or sakit hati..itu masalah namanya. Check balik niat kita. Kalau orang lain buat kerja lebih daripada kita, sama sekali tak boleh kita dengkikan. Jealous takpe., tapi mesti kena pada tempatnya dan berpada2, dan kita bertindak dengan kita bekerja sama kuat atau lebih kuat, bukan simpan rasa marah, dengki atau kecik hati yang tidak berasas. Jangan lupa, syaitan suka menenggek pada hati yang penuh dengan sifat emosi yang tidak dijaga atau cuba untuk dikawal.

Jadi begitulah, yang mana kita kena selalu check niat kita dalam nak buat satu perkara. Sebab syaitan ni selalu jer menjenguk, mengintai peluang untuk dia masukkan perasaan dan pujukan yang akhirnya akan mudah merobek niat kita. Dalam pertengahan kita buat kerja pon syaitan sentiasa akan jenguk2.

So kenalah kita selalu perbaharui niat kita, dan pastikan niat kita adalah untuk Allah, dan sama sekali bukan untuk diri kita.

At the end of day..DIA yang akan menentu. Bukan kita pun.

Akhirul Kalam..jom tenung2 niat kita, dan pastu terus beramal. Tenung2 smpi keluar bijik mata pun tak jalan juga

-Insyirah, Melbourne- (guess who?)