Archive for the Fikiranku Category

Jangan Bertangguh!

Posted in Fikiranku on 19/11/2009 by hazaana

Alhamdulillah semakin ramai yang menghampiri musim percutian selepas bertungkus lumus dalam musim peperiksaan. Macam-macam gaya orang menyambut kesudahan peperiksaan masing-masing. Ada yang qada’ tidur berjam-jam, ada yang terus bermain segala jenis sukan yang wujud siang dan malam, ada yang ambil peluang untuk bersihkan rumah sebelum pulang ke Malaysia. Apa-apa pun gaya sambutan yang dibuat, masing-masing nampaknya menggunakan masa yang terbentang luas ini sehabis mungkin, tidak kisah la samada baik atau buruk. Apa yang mungkin tertanam dalam fikiran kebanyakan orang adalah inilah satu-satunya masa yang ada yang aku boleh susun/gunakan mengikut kehendak aku. Jadi, aku kena gunakan masa yang ada ini sehabis yang mungkin untuk mencapai kehendak aku. Semua orang pun berlumba-lumba berbuat apa yang mereka inginkan. Biasa la, fitrah manusia sememangnya begitu.

Reaksi biasa

Biasa yang berlaku dikalangan kita adalah, dalam keadaan sibuk yang amat sangat, otak kita giat berfikir andaikan aku dikurniakan sedikit masa lapang, pasti aku akan banyakkan baca buku sirah, solat sunat, ziarah, ini dan itu. Kita mula berangan-angan menyusun kehidupan kita di waktu cuti/lapang dan merasa kecewa dengan kesibukan pada waktu itu. Aku mungkin lebih baik dan banyak beramal kalau aku tak sibuk. Dan yang biasa terjadi apabila datangnya masa lapang, ia akhirnya berlalu begitu sahaja tanpa berlakunya perancangan-perancangan baik yang telah difikirkan. Malah yang lebih banyak berlaku, kehidupan di masa lapang mungkin lebih teruk/tidak tersusun daripada masa sibuk kita. Sehingga akhirnya ia menjadi kebiasaan bagi kita, melihat masa cuti/lapang sebagai masa untuk berehat dan berseronok.

Apabila masa dibahagikan mengikut tujuan-tujuan yang berbeza

Apabila manusia mula berasa yakin dengan kehadiran masa, manusia mula membahagikan masa mengikut tujuan-tujuan duniawi yang berbeza sehingga melupakan tujuan akhirat yang utama. Apabila masa diukur dengan 70-80 tahun atau masa diukur dengan fasa-fasa kehidupan manusia yang umum ie bayi, pelajar, pekerja, keluarga, datuk/nenek, maka manusia mula melupakan atau menangguhkan tujuan utama manusia sehingga ke akhir kehidupan. Masa muda hanya sekali, inilah masanya untuk kita ‘enjoy’ dan rasa keseronokan nikmat dunia. Atau yang lebih dekat dengan dunia pelajar, masa cuti hanya sekali (walaupun setiap tahun ada 2 kali cuti panjang), inilah masanya untuk aku rehat dan release tension selepas bersusah payah untuk exam. Takpe, cuti masih panjang, banyak lagi masa untuk aku buat perkara-perkara baik/bermanfaat. Relaks la dulu, aku baru nak ambil nafas. Ini mungkin fikiran-fikiran yang terlintas atau yang diungkapkan oleh kawan-kawan. Dengan fikiran-fikiran sebegini, kita merelakan diri kita untuk berehat-rehat dan berseronok-seronok. Kalau dulu kita bangun subuh awal, sekarang ni takpela bangun lambat sikit. Kalau dulu tidur sedikit (study, bangun malam etc), sekarang ni terlebih-lebih. Kalau dulu doa lama nak minta pertolongan Allah, tapi sekarang doa pun cukup syarat je. Seolah-olah kita masih lagi akan hidup esok hari ataupun sehingga habis cuti. Seolah-olah amal kita sudah cukup untuk melunaskan tujuan hidup kita di dunia. Seolah-olah kewajipan kita kepada Allah boleh berubah-rubah mengikut suasana yang ada.

Reaksi kita

Berbeza pula pandangan dan reaksinya apabila kita gunakan kaca mata Islam yang cukup indah ini untuk menilai situasi-situasi yang ada dalam kehidupan kita. Masa adalah masa yang tetap sama sepertimana yang diciptakan Allah sejak Nabi Adam lagi, selagimana Allah tidak merubahnya dalam bentuk/sifat yang lain. Masa tidak berubah, ia akan tetap berjalan seperti biasa seperti yang telah ditetapkan olehNya. Yang berubah adalah reaksi manusia terhadapnya. Sekiranya manusia faham hakikat masa kepada manusia, maka manusia akan tahu bagaimana untuk berhubung dan bereaksi dengannya. Bagi kita, sama sahaja masa sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan. Hakikatnya masa adalah kehidupan, dan kehidupan adalah semaian kita untuk akhirat kelak, dan semaian perlulah dibuat sebaik dan sebanyak yang mungkin agar hasilnya di akhirat melunaskan tujuan kita berada di dunia. Hubungannya cukup mudah tapi mudah juga untuk melupakannya.

Rasulullah SAW ajar kita betapa berharganya masa yang dikurniakan kepada kita dan betapa pentingnya kita menggunakan sehabis mungkin masa yang ada dengan amalan soleh.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah melakukan amalan sebelum tujuh perkara. Adakah kamu mahu menunggu (melengahkan amalan) sehingga berlaku kefakiran yang melupakan, atau kaya yang membawa kepada melampaui batas, atau sakit yang membinasakan, atau tua yang menuturkan kata-kata merapik, atau kematian mendadak yang pantas (hingga tidak sempat meninggalkan pesan mahupun bertaubat), atau Dajjal, maka itu adalah seburuk-buruk kejahatan tersembunyi yang dinantikan, atau detik Kiamat, maka ia lebih dasyat dan lebih perit”. (Riwayat at-Tirmizi, beliau berkata: “Hadits Hasan”)

Sesungguhnya kita tidak pernah tahu berapa banyakah masa yang Allah kurniakan kepada kita (20 tahun, 40 tahun atau 80tahun?). Kita juga tidak pernah tahu berapa banyak amalan soleh kita yang diterima oleh Allah. Kita juga tidak pernah tahu kesudahan hidup kita, baik atau buruk, syurga atau neraka.

Tidakkah cukup ketidaktahuan kita terhadap perkara-perkara ghaib ini untuk menggetarkan jiwa dan mencuakkan diri ini. Adakah lagi alasan untuk kita bertangguh dalam beramal soleh. Adakah lagi masa untuk kita berehat-rehat dan berseronok-seronok. Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita, ia akan tetap berjalan seperti biasa samada sebelum peperiksaan ataupun selepas peperiksaan.

Fastabiqul khairat

Apabila kita meletakkan keredhaan Allah sebagai tujuan utama kehidupan, maka segala aktiviti kehidupan sepatutnya berpaksikan kepada mencari keredhaan Allah bukan kepada suasana sekeliling. Secara mudah, dalam keadaan belajar atau peperiksaan atau cuti semua aktiviti yang dilakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah. Mudah dalam berkata, susah untuk istiqamah dengannya. Begitulah kehidupan, kita kena sentiasa bermujahadah dalam beramal. Ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita sepatutnya menjadi motivasi yang kuat untuk kita sentiasa berlumba dalam melakukan kebaikan. Orang yang bijak adalah orang yang pandai menyusun kehidupannya untuk mencapai keredhaan Allah dalam apa suasana sekalipun.

Susunlah kehidupan kita sebaik mungkin agar setiap detik masa yang kita ada digunakan untuk meraih keredhaan Allah. Jangan biarkan detik-detik kehidupan kita dijengah oleh perkara-perkara maksiat dan lagho yang akhirnya merugikan kita. Kita sudah tiada masa untuk dirugikan lagi. Pandang beratlah setiap perbuatan kebaikan walaupun sekadar senyum atau ziarah atau kejutkan kawan untuk solat. Setiap daripadanya ada ganjarannya yang menguntungkan. Tetapkan tujuan(niat) untuk setiap aktiviti yang kita buat supaya ia lebih bernilai dan buangkan sikap “saje je buat ni”. Berjihadlah kita dalam medan masing-masing.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (At-Taubah: 105)

Ayuh jangan bertangguh lagi, masih banyak kebaikan yang perlu dibuat!

Buat salah

Posted in Celoteh, Fikiranku on 18/11/2009 by hazaana

Selalunya manusia akan buat salah. Sebab selain dari nabi dan rasul, kita manusia semua akan buat salah.

Kau dan aku. Tetap akan buat salah kadang-kala.

Juga sebagai seorang daie, kita akan buat salah. Manusia mmg begitu.

Mungkin salah yang kita buat tu besar juga kadang-kadang. Lepas buat salah, kita akan rasa sangat sesak dada dan depressed. Hingga kadang-kadang kita rasakan macam diri ni tak significant. (warning, inferior disorder in progress).

Kita sebagai pendakwah, mesti akan terngiang dalam telinga;

‘Kaburo maktan indAllahu an takulu ma la tafa’lun’.

Famous sungguh ayat ni, dah hafal sungguh para pendaie.

Jadi di situ tak dinafikan, mmg kita bersalah kerana tidak mengotakan kata.

Namun…bukan satu alasan untuk kita terus bangkit dan terus melaksanakan tanggungjawab. Yang pentingnya, kita sedar akan kesalahan kerana syaitan akan mudah berbisik untuk pastikan kita terus down dan bersalah. Malah terlebih sehingga membawa kepada keletihan. Pernah terjadi dan pasti boleh terjadi lagi insyaALlah.

Mungkin kerana kita terlupa untuk beringat, bahawa Allah itu maha Pengampun. Siapalah kita untuk mengatakan bahawa Allah takkan terima taubat kita. Kita tak tahu pon berapa besar pengampunan Allah.

Percayalah ada hikmah di sebalik setiap peristiwa. Seorang yang tidak mengenali apa itu jahiliyah, tidak tahu bagaimana untuk deal dengan jahiliyah. Betapa kita dulunya jahiliyah, maka dimuliakan dengan islam, dan hanya akan terus mulia selagi mana tanggungjawab seorang muslim itu dipenuhi.

Yang penting; terus berusaha mengenalpasti kekurangan dan terus membaiki kelemahan. Teruskan usaha pembaikan kita, kerana itulah bukti tarbiyah…

‘Seorang manusia itu belum pasti lagi keimanannya selagi mana tidak diuji’..

 

Pejuang harapan

Posted in Fikiranku on 24/06/2009 by hazaana

Kemenangan datang dengan ketakwaan dan kekuatan. Ayuh kita, jadi lebih KUAT daripada semalam!

Manusia memang pelik!

Posted in Fikiranku on 02/06/2009 by hazaana

Semakin lama hidup di dunia ni, semakin lama kita akan faham sifat dan tabiat manusia yang kadang-kadang membuatkan kita sendiri pelik dengan kelakuan manusia itu. Kita semua tahu manusia itu makhluk Allah yang hebat, punya akal dan jiwa. Paling penting manusia dipilih oleh Allah untuk punyai hidayahNya. Bahkan bukan sekadar diwariskan bumi dan segala isinya untuk ditadbir, juga berpeluang untuk mewarisi taman syurgaNya. Hebat sungguh kemuliaan yang Allah letakkan kepada manusia yang asalnya hina. Tapi pelik, manusia seperti tidak tahu akan kemuliaan-kemuliaan itu. Jahil atau keliru atau layu? Soalnya mengapa begitu?

Kita pernah kenal dengan manusia yang telah lama dalam  sistem tarbiyah. Satu ketika kita lihat dia bersemangat untuk berubah jadi lebih baik. Perbualan pun rancak membincangkan masalah ummat. Namun semangatnya tidak lama, seketika yang lain kita lihat dia malas dan penat, mencari-cari hiburan lain. Seketika kita lihat dialah orang yang paling lantang melaungkan slogan-slogan Islam kepada orang lain. Ketika yang lain pula, kita lihat dia sibuk melayan keseronokan-keseronokan dunia, paling kuat ketawanya dan paling cepat marahnya. Sehingga kita mungkin lihat betapa semangat juangnya yang dahulu semakin hari semakin pudar, semakin hilang taringnya. Begitulah yang acapkali berlaku dalam dunia dakwah dan tarbiyah. Paling pelik adalah fenomena ini selalunya berlaku kepada mereka yang agak lama dalam tarbiyah, yang sudah biasa dengan selok belok dakwah dan yang program-program tarbiyah sudah menjadi rutin kehidupan. Sama ada mereka sedar atau tidak, itu soal kedua, tapi yang menakutkan, fenomena ini akhirnya member kesan yang sangat negatif kepada masyarakat luar. Masyarakat luar akan melihat Islam hanya pada kata-kata, tidak pada amal dan akhlaknya, hanya pada semangat, tidak pada istiqamahnya. Fenomena ini meyakinkan kita bahawa lamanya dalam sistem tarbiyah tidak menjamin kefahaman seseorang, hebatnya kata-kata tidak menjamin hebatnya amalan seseorang. Barangkali kita perlu renung balik kata-kata orang alim;

“Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul”

Ringkas tapi itulah hakikatnya. Mereka yang buat kerana ikut-ikut dan mereka yang ikut kerana faktor-faktor peribadi akhirnya tidak akan tertahan dengan cabaran dunia yang hebat. Teori, konsep dan kata-kata hanya tinggal kenangan dan ilmu yang tidak bermakna. Sekali sekala bila keadaan tenang dan senang barulah apa yang dipelajari boleh diaplikasikan. Apabila susah dan sempit, jauh sekali untuk beristiqamah dengannya. Begitulah manusia.

Tapi tidak semua begitu. Manusia yang bijak akan persiapkan diri mereka daripada fenomena pelik ini. Manusia yang bijak akan sentiasa membetulkan permulaan kehidupan mereka. Mereka akan sentiasa memeriksa hati mereka sebagai permulaan untuk setiap tindakan. Mereka akan sentiasa menambahkan kefahaman mereka dengan amalan. Dan mereka akan terus memantapkan amalan mereka dengan istiqamah. Begitulah seterusnya sehingga akhirnya intipati Islam menjadi darah daging mereka, sehingga tiada lagi keseronokan yang dicari melainkan keseronokan nikmat Islam itu sendiri.

Nampak terlalu ideal? Tapi bukankah tidak mustahil? Nampak susah. Tapi bukankah ia mahal dan manis? Jangan banyak tanya dan ragu-ragu. Buatlah terus, kita pasti akan merasai apa yang tidak dirasai oleh orang yang hanya suka bertanya dan berkata-kata. Apa lagi?  

 

Jangan takut untuk melangkah, yang penting perubahan

Jangan takut untuk melangkah, yang penting perubahan