Insyirah… lama dah tak guna nama tu. 2 tahun lepas, guna dah nama ni untuk satu blog yang dah mati dah sekarang. Huhu..sedih gak bila fikirkan, lama tak diisi akhirnya terbengkalai camtu jer.
Waktu-waktu tu masih lagi baru nak kenal dengan apa yang dipanggil sebagai satu medan untuk berbakti pada masyarakat. Mentah lagi waktu tu. Tak banyak pengalaman.

sekarang dah almost 5 tahun kt sini..cepatnyer masa berlalu. Kalau dulu rasa Melbourne ni cam asing sgt..rumah yang asing, masyarakat yang asing.. sistem yang asing..
kalau member pon waktu mula sampai tak ramai, muka2 dari KMB gak yang kenal, waktu ni la selalu gak contact2 si mus nih..
itu dulu.. 5 tahun kt sini rasa cam cepat sangat la plak masa dah berlalu.. rasa cam baru semalam turun dari van yang bawak dari airport, waktu tu Zizi housemate lama sambut depan building apartment rumah dua bilik yang dekat dengan bakery Brunetti. Hehe..tiap2 pagi bangun pagi dah bau roti, bau coffee, bau smoked stuff.. hehe.. terkenang waktu2 tu. Bangun pagi pon 15 minit sebelum kelas start pasal kalau jalan kaki tak smpi 5 minit pon dr kelas..
tu dulu..waktu-waktu mula kenal dengan orang-orang yang tak pernah tau pon kewujudan diorang. Senior2 yang sama umur dengan aku dan aku panggil diorang ‘abang’.. erk..cam ackward la plak bila fikirkan. Malu pon ader. =P.
Tp bila difikirkan,,yes..mmg diorang adalah abang; seorang manusia yang lebih lama mendahului aku dalam jalan yang aku yakin jalan yang boleh bawa ke syurga. Diorang lah abang didik adik-adik (termasuk aku la tu) yang mentah dan tak faham lagi tentang dunia ni (yang sama dengan misi dan visi yang sangat kecil..or mungkin takde kot)..yang mana abang2 ni la yang ajar apa maknanya jadi manusia. APa maknanyer jadi manusia yang ada erti kehidupan dan ada objektif di dunia ni. Objektif yang mana tak lari daripada objektif untuk jadi hamba Allah, Objektif untuk bela agama ni..
Itu dulu..kini mereka tiada dan aku di sini. Dan aku tahu aku tidak boleh mengalihkan tanggungjawab yang kini aku ambil daripada mereka. Tak semudah itu untuk aku letakkan ke tepi tugas aku. Kerana aku mahu adik2 di bawah aku (yang panggil aku ‘abang’ juga walaupun aku agak allergy skit sebutan tu..huhu…) dapat jugak nikmat yang aku dapat. Memang bukan aku yang bagi kat mereka. Tugas tu tugas DIA. Tapi aku tahu aku perlu jadi penunjuk jalan supaya DIA beri hidayah pada mereka. Itu lah nikmat yang paling besar dan paling berharga. HIDAYAH. Yang datang hanya daripada DIA. DIA yang Maha Esa. Dia yang Maha Segalanya. Dia yang Maha Sempurna.
Ya Allah, Kau berilah mereka petunjuk..
Malaysia.. mungkin aku mula menanti lambaian mu.. untuk satu perjuangan yang baru..walaupun aku mula merasa Melbourne ini sebagai tempat permainanku..tapi hakikat tetap hakikat, tanah juang ku bukan kt sini. selama mana aku dpt berada kat sini pun, medan ku di sana.. tanah Malaysia…
Moga ku mampu berlaung takbir di sini lagi.. (soon)
-Insyirah, Melb 2009-
