tiba saat itu

Posted in 1 on 18/12/2009 by hazaana

It is almost the time..

time ticking..ticking and ticking away..

every second that passed by..

getting me closer to that moment..

never I imagined to be in that seconds..

the moment I will hold my hands up..

and say goodbye..

Sayangnya pada si dia~~

Posted in Dari hati untuk seorang teman on 19/11/2009 by hazaana

Jangan salah sangka, nota kecil ini bukan untuk memberitahu yang saya atau sesiapa jatuh cinta. Subjek ‘cinta’ sangat meluas. Tapi cuma berkongsi luahan seorang kawan. Tentang sayang.

 

Bila kita sayangkan seorang saudara,

kita inginkan dia terus beriman pada Allah,

dengan itu kita mahukan dia sentiasa ditegur jika membuat kesalahan,

sayangnya pada saudaranya, dia mahukan saudaranya itu bahagia,

gusar hatinya jika terdapat kilas kecewa dan pilu di mata saudaranya,

Sayangnya pada saudaranya, dia mahu sahabatnya selalu sedar,

kita mulia kerana islam, terbentuknya kita seorang manusia kerana tarbiyah,

kerana itu dia mahukan sahabatnya sentiasa alert dengan dunia, dan pastikan tarbiyah sentiasa on top of his mind.

Sayangnya dia pada sahabatnya; betapa marahnya dan kecewanya melihat sahabatnya terus dengan jahiliyah,

namun kerana sayang juga ditahan dan cuba ditarik semula sahabatnya itu,

sayangnya sahabatnya, dia tidak mahu sahabatnya keluar dari syariat,

biarlah dia dibenci kerana selalu menegur, biarlah terpaksa menahan sebak jika sahabatnya terkilan kerana ditegur,

dia hanya mahukan sahabatnya hidup dengan maksiat-nafsu free,

sayangnya dia pada sahabatnya, dia mahukan sahabatnya matang,

matang dalam tarbiyah dan sahabatnya mampu mentarbiyah,

sayangnya dia pada sahabatnya, dia mahu berkongsi semua ilmu dan kefahaman yang dia ada,

sayangnya dia pada sahabatnya, dia mahu potensi sahabatnya digilap dan diterjemahkan, walaupun saudaranya sendiri menafikan potensi itu,

Sayangnya dia pada sahabatnya, dia yakin sahabatnya akan mampu menjadi daie yang memimpin.

sayangnya dia pada sahabatnya, dia yakin untuk menyerahkan dakwah ini untuk disambung oleh saudaranya..

-Sayangnya adalah begitu. Tidak lain dari itu-

Jangan Bertangguh!

Posted in Fikiranku on 19/11/2009 by hazaana

Alhamdulillah semakin ramai yang menghampiri musim percutian selepas bertungkus lumus dalam musim peperiksaan. Macam-macam gaya orang menyambut kesudahan peperiksaan masing-masing. Ada yang qada’ tidur berjam-jam, ada yang terus bermain segala jenis sukan yang wujud siang dan malam, ada yang ambil peluang untuk bersihkan rumah sebelum pulang ke Malaysia. Apa-apa pun gaya sambutan yang dibuat, masing-masing nampaknya menggunakan masa yang terbentang luas ini sehabis mungkin, tidak kisah la samada baik atau buruk. Apa yang mungkin tertanam dalam fikiran kebanyakan orang adalah inilah satu-satunya masa yang ada yang aku boleh susun/gunakan mengikut kehendak aku. Jadi, aku kena gunakan masa yang ada ini sehabis yang mungkin untuk mencapai kehendak aku. Semua orang pun berlumba-lumba berbuat apa yang mereka inginkan. Biasa la, fitrah manusia sememangnya begitu.

Reaksi biasa

Biasa yang berlaku dikalangan kita adalah, dalam keadaan sibuk yang amat sangat, otak kita giat berfikir andaikan aku dikurniakan sedikit masa lapang, pasti aku akan banyakkan baca buku sirah, solat sunat, ziarah, ini dan itu. Kita mula berangan-angan menyusun kehidupan kita di waktu cuti/lapang dan merasa kecewa dengan kesibukan pada waktu itu. Aku mungkin lebih baik dan banyak beramal kalau aku tak sibuk. Dan yang biasa terjadi apabila datangnya masa lapang, ia akhirnya berlalu begitu sahaja tanpa berlakunya perancangan-perancangan baik yang telah difikirkan. Malah yang lebih banyak berlaku, kehidupan di masa lapang mungkin lebih teruk/tidak tersusun daripada masa sibuk kita. Sehingga akhirnya ia menjadi kebiasaan bagi kita, melihat masa cuti/lapang sebagai masa untuk berehat dan berseronok.

Apabila masa dibahagikan mengikut tujuan-tujuan yang berbeza

Apabila manusia mula berasa yakin dengan kehadiran masa, manusia mula membahagikan masa mengikut tujuan-tujuan duniawi yang berbeza sehingga melupakan tujuan akhirat yang utama. Apabila masa diukur dengan 70-80 tahun atau masa diukur dengan fasa-fasa kehidupan manusia yang umum ie bayi, pelajar, pekerja, keluarga, datuk/nenek, maka manusia mula melupakan atau menangguhkan tujuan utama manusia sehingga ke akhir kehidupan. Masa muda hanya sekali, inilah masanya untuk kita ‘enjoy’ dan rasa keseronokan nikmat dunia. Atau yang lebih dekat dengan dunia pelajar, masa cuti hanya sekali (walaupun setiap tahun ada 2 kali cuti panjang), inilah masanya untuk aku rehat dan release tension selepas bersusah payah untuk exam. Takpe, cuti masih panjang, banyak lagi masa untuk aku buat perkara-perkara baik/bermanfaat. Relaks la dulu, aku baru nak ambil nafas. Ini mungkin fikiran-fikiran yang terlintas atau yang diungkapkan oleh kawan-kawan. Dengan fikiran-fikiran sebegini, kita merelakan diri kita untuk berehat-rehat dan berseronok-seronok. Kalau dulu kita bangun subuh awal, sekarang ni takpela bangun lambat sikit. Kalau dulu tidur sedikit (study, bangun malam etc), sekarang ni terlebih-lebih. Kalau dulu doa lama nak minta pertolongan Allah, tapi sekarang doa pun cukup syarat je. Seolah-olah kita masih lagi akan hidup esok hari ataupun sehingga habis cuti. Seolah-olah amal kita sudah cukup untuk melunaskan tujuan hidup kita di dunia. Seolah-olah kewajipan kita kepada Allah boleh berubah-rubah mengikut suasana yang ada.

Reaksi kita

Berbeza pula pandangan dan reaksinya apabila kita gunakan kaca mata Islam yang cukup indah ini untuk menilai situasi-situasi yang ada dalam kehidupan kita. Masa adalah masa yang tetap sama sepertimana yang diciptakan Allah sejak Nabi Adam lagi, selagimana Allah tidak merubahnya dalam bentuk/sifat yang lain. Masa tidak berubah, ia akan tetap berjalan seperti biasa seperti yang telah ditetapkan olehNya. Yang berubah adalah reaksi manusia terhadapnya. Sekiranya manusia faham hakikat masa kepada manusia, maka manusia akan tahu bagaimana untuk berhubung dan bereaksi dengannya. Bagi kita, sama sahaja masa sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan. Hakikatnya masa adalah kehidupan, dan kehidupan adalah semaian kita untuk akhirat kelak, dan semaian perlulah dibuat sebaik dan sebanyak yang mungkin agar hasilnya di akhirat melunaskan tujuan kita berada di dunia. Hubungannya cukup mudah tapi mudah juga untuk melupakannya.

Rasulullah SAW ajar kita betapa berharganya masa yang dikurniakan kepada kita dan betapa pentingnya kita menggunakan sehabis mungkin masa yang ada dengan amalan soleh.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah melakukan amalan sebelum tujuh perkara. Adakah kamu mahu menunggu (melengahkan amalan) sehingga berlaku kefakiran yang melupakan, atau kaya yang membawa kepada melampaui batas, atau sakit yang membinasakan, atau tua yang menuturkan kata-kata merapik, atau kematian mendadak yang pantas (hingga tidak sempat meninggalkan pesan mahupun bertaubat), atau Dajjal, maka itu adalah seburuk-buruk kejahatan tersembunyi yang dinantikan, atau detik Kiamat, maka ia lebih dasyat dan lebih perit”. (Riwayat at-Tirmizi, beliau berkata: “Hadits Hasan”)

Sesungguhnya kita tidak pernah tahu berapa banyakah masa yang Allah kurniakan kepada kita (20 tahun, 40 tahun atau 80tahun?). Kita juga tidak pernah tahu berapa banyak amalan soleh kita yang diterima oleh Allah. Kita juga tidak pernah tahu kesudahan hidup kita, baik atau buruk, syurga atau neraka.

Tidakkah cukup ketidaktahuan kita terhadap perkara-perkara ghaib ini untuk menggetarkan jiwa dan mencuakkan diri ini. Adakah lagi alasan untuk kita bertangguh dalam beramal soleh. Adakah lagi masa untuk kita berehat-rehat dan berseronok-seronok. Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita, ia akan tetap berjalan seperti biasa samada sebelum peperiksaan ataupun selepas peperiksaan.

Fastabiqul khairat

Apabila kita meletakkan keredhaan Allah sebagai tujuan utama kehidupan, maka segala aktiviti kehidupan sepatutnya berpaksikan kepada mencari keredhaan Allah bukan kepada suasana sekeliling. Secara mudah, dalam keadaan belajar atau peperiksaan atau cuti semua aktiviti yang dilakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah. Mudah dalam berkata, susah untuk istiqamah dengannya. Begitulah kehidupan, kita kena sentiasa bermujahadah dalam beramal. Ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita sepatutnya menjadi motivasi yang kuat untuk kita sentiasa berlumba dalam melakukan kebaikan. Orang yang bijak adalah orang yang pandai menyusun kehidupannya untuk mencapai keredhaan Allah dalam apa suasana sekalipun.

Susunlah kehidupan kita sebaik mungkin agar setiap detik masa yang kita ada digunakan untuk meraih keredhaan Allah. Jangan biarkan detik-detik kehidupan kita dijengah oleh perkara-perkara maksiat dan lagho yang akhirnya merugikan kita. Kita sudah tiada masa untuk dirugikan lagi. Pandang beratlah setiap perbuatan kebaikan walaupun sekadar senyum atau ziarah atau kejutkan kawan untuk solat. Setiap daripadanya ada ganjarannya yang menguntungkan. Tetapkan tujuan(niat) untuk setiap aktiviti yang kita buat supaya ia lebih bernilai dan buangkan sikap “saje je buat ni”. Berjihadlah kita dalam medan masing-masing.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (At-Taubah: 105)

Ayuh jangan bertangguh lagi, masih banyak kebaikan yang perlu dibuat!

Buat salah

Posted in Celoteh, Fikiranku on 18/11/2009 by hazaana

Selalunya manusia akan buat salah. Sebab selain dari nabi dan rasul, kita manusia semua akan buat salah.

Kau dan aku. Tetap akan buat salah kadang-kala.

Juga sebagai seorang daie, kita akan buat salah. Manusia mmg begitu.

Mungkin salah yang kita buat tu besar juga kadang-kadang. Lepas buat salah, kita akan rasa sangat sesak dada dan depressed. Hingga kadang-kadang kita rasakan macam diri ni tak significant. (warning, inferior disorder in progress).

Kita sebagai pendakwah, mesti akan terngiang dalam telinga;

‘Kaburo maktan indAllahu an takulu ma la tafa’lun’.

Famous sungguh ayat ni, dah hafal sungguh para pendaie.

Jadi di situ tak dinafikan, mmg kita bersalah kerana tidak mengotakan kata.

Namun…bukan satu alasan untuk kita terus bangkit dan terus melaksanakan tanggungjawab. Yang pentingnya, kita sedar akan kesalahan kerana syaitan akan mudah berbisik untuk pastikan kita terus down dan bersalah. Malah terlebih sehingga membawa kepada keletihan. Pernah terjadi dan pasti boleh terjadi lagi insyaALlah.

Mungkin kerana kita terlupa untuk beringat, bahawa Allah itu maha Pengampun. Siapalah kita untuk mengatakan bahawa Allah takkan terima taubat kita. Kita tak tahu pon berapa besar pengampunan Allah.

Percayalah ada hikmah di sebalik setiap peristiwa. Seorang yang tidak mengenali apa itu jahiliyah, tidak tahu bagaimana untuk deal dengan jahiliyah. Betapa kita dulunya jahiliyah, maka dimuliakan dengan islam, dan hanya akan terus mulia selagi mana tanggungjawab seorang muslim itu dipenuhi.

Yang penting; terus berusaha mengenalpasti kekurangan dan terus membaiki kelemahan. Teruskan usaha pembaikan kita, kerana itulah bukti tarbiyah…

‘Seorang manusia itu belum pasti lagi keimanannya selagi mana tidak diuji’..

 

Ujian

Posted in 1 on 15/11/2009 by hazaana

Ujian dunia,

Ujian hati,

Ujian yang tak berkesudahan..

Kadang-kadang dada rasa sesak dan sebak, rasa macam menghadapi ujian ni sorang-sorang. Orang lain bagaikan dengan dunia masing-masing.

Mungkinkah, hilangnya rasional sendiri. Malah meletakkan ujian lain di balik tabir. Tak nak sentuh. Malah individu yang terlibat dengan masalah tu pun aku letak tepi. Lega rasanya. Rasa cam satu bahu dah ringan sikit. Boleh kot nk fikir satu masalah betul-betul.

Tapi dengan ekspressnye somewhere from the a part of otak ni tetiba datang rasa bersalah. (hm..perasaan ni datang dari otak ke?hm..entah la.). Hati rasa tak sedap. Gundah pulak tu.

Fikir2 semula, kadang-kadang dengan mudah kita menyalahkan orang lain atas ujian-ujian kita. Lupa semua tu adalah untuk kita; tabah, teruskan usaha, dan tidak menzalimi mana-mana manusia.

Kalau ujian tu untuk kita, kita selesaikan, hak orang lain jaga jer. Jangan kerana masalah kita, kita marah pada orang lain, rasa orang lain bermasalah.

Kesian orang tu..tak pasal-pasal dia jadi mangsa. Betul juga tu sebenarnya, bila kita muhasabah balik, kita baru nampak di mana itu rasional.

(Bro, sori la, I was mad at you because of stupid reason. And that reason is, emosi bermaharajalela. Senang memangnya nak tuding jari. Tapi akhirnya, kerja takkan berjalan juga).

(if only he knew..he probably will never. But Allah knows..)

Bila marah, mungkin terlupa untuk:

– ingat Tuhan

– istighfar

– ayat Quran kena selalu di bibir

– bersangka baik; ingatlah kebaikan seorang kepada kita, bukan kerana kesilapan or keburukan dia.

 

Belajar dari sejarah kita juga

Posted in Celoteh, Dari hati untuk seorang teman on 05/11/2009 by hazaana

Teringat satu pesanan dari seorang asatizah di malaysia. Bila ditanyakan soalan, kalau ada satu pesanan yang paling utama berharga untuk semua, what would it be..? jawapnya:

‘Berjaga-jaga dengan dunia. Sebab satu tamadun boleh jatuh dengan mudah bila dunia masuk ke dalam hati’.

Pendek jer pesanan tu. Dan tak diterangkan pun. Mungkin aku sendiri faham-faham.

Tapi selalunya perkara begini yang mudah untuk manusia terlupa. Malah kita sebagai penggerak dakwah juga. Terlupa kerana dunia sangat licik. Syaitan juga sangat licik. Because by the time kita realize dunia bermain dalam hati, the damages has been done.

Tengok semula kepada sejarah dunia samada tamadun islam atau bukan. Tamadun Yunani mengambil masa yang lama untuk dibina, akhirnya musnah dalam masa hanya beberapa tahun. Runtuh akhirnya kerana masalah kerosakan akhlak dalam masyarakat, yang semuanya bermula daripada apabila leka dengan apa yang dunia boleh offer kepada manusia; harta, kesenangan, kurangnya kesungguhan dalam kerja kerana kemudahan dah ada, wanita, keluarga, pangkat dan anak-anak.

Tamadun kita juga begitu. Naiknyer satu tamadun kerana sahabat faham akan keagungan agama ni, maka para sahabat faham agama inilah yang akan menyelamatkan manusia daripada kerosakan yang berlaku. Hati manusia yang rosak hanya boleh dirawat dengan mengembalikan hati itu kepada bertuhan yang satu.

Jadi untuk kita yang mendirikan dan menggerakkan satu usaha untuk menyelamatkan manusia ini, jaga-jaga kerana dunia dengan mudah boleh masuk ke dalam hati. sangat licik. Sungguh licik.

Mari kita assess keadaan kita..paling mudah, dalam kita bangun seharian, apakah perkara pertama yang akan datang dalam kepala kita; adakah university kita atau kita terfikirkan tentang dakwah kita dan kemudian baru dunia datang.

Assess juga percakapan kita seharian sesama ikhwah sendiri pun. Adakah lebih banyak kita bercakap hal dunia atau kita bercakap perkara2 yang membawa kepada pembinaan diri seorang ikhwah dan membawa kepada kefahaman dakwah.

Tapi mungkin ada antara kita yang beranggapan..kalau bercakap banyak-banyak tentang iphone, handset ni akan membentuk seorang ikhwah yang hebat dalam teknologi kot.

Mungkin. Mungkin tidak. Most probably tidak.  Kerana akhirnya kita lebih banyak terlupa tentang tarbiyah dan dakwah.

Apabila dunia bermain dalam hati, maka tiada la sinar di wajah kita yang bersinar kerana hati yang ingatkan Tuhan dan akal yang banyak berfikir untuk memajukan dakwah.

Dunia akan mati. Maka hati dan akal yang penuh dengannya juga akan mati.

Dakwah ini digerakkan oleh hati dan akal penggeraknya. Akal dan hati yang mati..maka dakwah akhirnya mampu mati juga.

Jahiliyah oh jahiliyah..

Posted in 1 on 01/11/2009 by hazaana

Sekadar post dr Ustaz Mat..

when to think about it.. jahiliyah boleh jadi kecil hingga yang besar.. dari peringkat individu ke peringkat jemaah.. Halus hingga yang ke obvious.. ;

Umar berkata;

‘In nama tanqadi u’ral islam urwatan urwatan, iza nasha’a fil Islam man lam yakrif al jahiliyah’

Ikatan Islam akan terlepas atau terungkai satu ikatan demi ikatan, apabila ada orang yang hidup dalam keislaman, namun ia tidak mengenali jahiliyah.

Kenyataan merupakan diantara prinsip imaniyah, parameter dan juga merupakan dasar dakwah yang asli. Kita mesti mengetahui jahiliyah!

Sayidina Umar al Khatab mentakrif hal ini jahiliyah sesuai dengan sebutan yang dalam al Quran dan hadis. Jahiliyah juga bermaksud kejahatan, syirik kecil atau syirik besar, pemerintahan thaghut dan maksiat-maksiat yang tidak membawa perlakunya jatuh dalam kekufuran.

 

Bukti jahiliyah juga berbagai-bagai bentuk maksiat, samada dosa kecil mahupun dosa besar, sepertimana sabda Rasulullah saw kepada Abu Dzar r.a ketika dia menghina Bilal bin Rabah sebagai anak dari wanita kulit hitam “In naka imra’un fii ka jahiliyah”maksudnya “Sesungguhnya kamu adalah seseorang masih membawa suatu perilaku jahiliyah”.

Imam Bukhari berkata ‘perbuatan maksiat’ adalah kejahiliyah, sekali pun ia tidak menyebabkan pelakunya kafir kecuali perbuatan syirik dengan alasan hadis Nabi saw;“Sesungguhnya kamu adalah seorang yang masih membawa sisa perilaku jahiliyah.”

Ibnu Hajar berkata “Hadis ini bermaksud bahawa semua maksiat berbentuk meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram sebahagian dari akhlak jahiliyah.”

Fitnah tu berbagai-bagai. Ada yang berkaitan aqidah, ada berkenaan dengan muamalat, ada yang berbentuk pergaulan dan ada yang berhubung dengan halal dan haram. Di antara fitnah tu ada yang berat dan ada yang ringan.

Antaranya fitnah yang melanda dalam kehidupan berjama’ah ialah perselisihan yang berteras nafsu, meninggalkan sumpah setia, tidak taat kerana memenangkan pandangan peribadi, dan sifat mengkhianati. Jika keadaan ini berleluasa dalam kehidupan berorganisasi, pasti ikatan dakwah ini akan hancur satu demi satu sehingga makna ukhuwwah lenyap dari kehidupan mereka dan akhirnya matlamat mereka berjanji setia untuk berdakwah kepada Allah dan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini pasti lebur begitu saja.